SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Macam-macamlah perangai budak kecik sorang ni ada saja nak buat semua orang gelak tengok gelagatnya...masuk jer ke kedai mainanToys R Us Kid ini topeng power rangers ini pulak yang jadi minat dia buat main...Power Rangers Muhammad Darwisy Zulkarnain mula beraksi...

Semua kat kedai tu dok senyum tengok gelagat budak kecik sorang ni...ada saja benda nak buat kami semua gelak...topeng tu yang jadi pilihan dan boleh jadi mainan Awisy...nasib baik kat dalam kedai ni saja dia nak pakai topeng power Rangers ni..bila kami semua nak keluar Awisy terus letakkan semula topeng tu kat tempatnya semula..memang saja nak suka-suka buat orang gelak tengok gelagat dia agaknya..

Inilah perangai Awisy yang sebenarnya kalau tengok barangan mainan ni memang dia tidak berapa nak suka sangat mesti sekejap jer dia buat main...tapi kalau nampak tempat buku ke atau pi ke kedai buku bukan main suka lagi dia...kalau beli buku asyiklah dibuat main sampai tanggal kulit buku itu dikerjakannya...kalau nak tahu cerita Awisy cuba tekan sini dan sini..

p/s nak kena carikan buku plastik...susah nak koyak nanti...