31 January 2015

Menariknya !! Nak Beli Satu Juga

January 31, 2015 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Bila ke blog mialiana.com tadi memang teruja sangat tengok handphone baru Note 4 yang berwarna pink ini...pada kawan-kawan yang ingin tahu bolehlah ke blog mia untuk melihat entri ini yer...

Kena kuatkan tekad lepas ni ! nak juga beli satu untuk diri sendiri nanti...memang teruja sangat bila terpandang color yang menarik hati ini...

p/s bila la dapat pegang hp note 4 color pink ni...


30 January 2015

Dapat CPUV Lagi Dari Nuffnang

January 30, 2015 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Lama dah tak singgah dan tengok Mr.Nuffnang ni...lama sangat bercuti dari berblog tu yang CPUV tak nak singgah ke blog mama ni...walaupun tak banyak sangat tapi ada juga la sedikit hasilnya...tak banyak tapi ada juga la melekat CPUV ni kat blog mama...kena teruskan usaha lagi masa berblogging ni...kalau nak banyak hasilnya kenalah rajin kan kawan-kawan...okay la apa-apa pun terima kasih kat Mr.Nuffnang ni sebab ada juga rezeki kat blog mama ni...

p/s rezeki walaupun sedikit jgn ditolak...

Hello Kitty Punya Pasal Ni

January 30, 2015 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Tadi bila hubby balik dari opis terus bagi pelekat roadtax kereta ni kat mama...teringat juga hubby kat anak-anaknya yang suka sangat dengan jenama Hello Kitty ni...kalau kawan-kawan yang tak tahu cerita anak-anak mama ni dan nak tahu ceritanya yang sibuk menyolekkan debab pinkynya boleh la tekan sini yer...

Hubby bila dah ternampak pelekat ni tadi terus jer teringat kat anak-anaknya yang suka sangat dengan Hello Kitty ni...anak-anak kalau tengok apa lagi memang seronok la jawabnya...kalau pasal anak-anak ni hubby mama ni memang tak lupa ada saja yang dibelinya jika benda itu memang menjadi kegemaran anak-anak perempuannya...itu yang rasa nak nangis jer ni..isterinya ni dah jadi no 2 jer pulak hukhukhukkk...saja jer nak berlakon ni ! konon-konon nak jadi hati tisu la sekejap...tapi tak menjadi pun wawawaaa  


Hari ni juga sampai sudah satu set barangan jenama Hello Kitty yang telah seminggu mama tempah dari China...kalau nak beli kat kedai di Malaysia satu set macam ni memang mahal harganya tapi kalau beli terus dari pengedarnya dari negeri China harganya lebih murah dan tiada charge penghantaran pun...tapi terpaksalah tunggu lama sikit...

Mulanya nak belikan warna pink tapi memikirkan takut kotor bila dah lama-lama ! tu yang terpaksa order warna hitam jer lebih senang...kalau kotor taklah nampak sangat...1 set ni semuanya ada cover set depan belakang,cover stering,cover hand brek,cover gear,bantal alas kepala dan cover cermin pandang belakang...cover tisu saja yang tidak disediakan tapi kalau beli sekali dengan mereka dapat kurang harganya lagi...oleh itu dah alang-alang beli terus order dengan cover tisunya sekali...


inilah kotak tisu yang diorder sekali...satu set ini mama beli tak adalah mahal sangat hanya Rm265.00 sahaja...kat sini mama dah pernah tanya mereka letak harganya sampai Rm450...itu yang tak jadi nak beli kat kedai biasa sebab harganya mahal sangat...kiranya dah dapat yang murah ni berbaloilah...nak tunggu pasangkan jer ni...

p/s okay la dah siap pasang nanti mama postkan entrinya yer...
 

Menu Minum Petang Yang Segera

January 30, 2015 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni beli karipap segera jer buat minum petang ni...nak buat sendiri malas pulak oleh itu hubby beli jer yang segera ni...hubby beli kat Giant tadi bawa balik dan suruh mama gorengkan jer...siap menu minum petang ni...jom kawan-kawan kita minum petang ini bersama-sama yer...

p/s tunggu hasil tangan anakanda bongsu buat keknya...

29 January 2015

Budak Berdua Ni Buat Perangai

January 29, 2015 11 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Aduhhhh !! memang pening kepala grandma melihat telatah cucu yang 2 orang ni...macam-macam hal budak-budak ni...hari ni memang grandma terpaksa mengucap panjang sebab melihat kerja budak berdua ni...


sorang satu botol bedak kecik ni ...Aiman tuang bedak botol merah yang Awisy pula botol bedak warna putih tu...habisss semua bedak ditaburkan...


tengok la tu bila ditegur bukan nak takutnya makin tengok grandma amik gambar lagi ada...macam-macam hal budak berdua ni tau buat grandma pening kepala jer...


 kalau ada kawan memang menjadi jer dua-dua budak kecik ini buat kerja...ada saja benda boleh dijadikan mainan mereka...


27 January 2015

Sakit Penghapus Dosa

January 27, 2015 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dah beberapa hari bercuti dari berblog entah kenapa badan rasa agak kurang sihat...biarkanlah berehat sehari dua ini moga-moga hilang akan rasa sakitku ini...redhalah dengan dugaan yang diberikan...andai sakitku ini penghapus setiap dosa-dosaku ! aku redha dengan ketentuan dari MU Ya ALLAH...

Setiap penyakit itu pasti ada ubatnya..kesakitan yang kita alami itu adalah salah satu penghapus dosa-dosa yang pernah kita lakukan mahupun dulu atau pun sekarang baik yang kita sedar atau pun tidak...

Ingatlah 5 perkara ini sebelum datangnya 5 perkara lagi...
1-SIHAT sebelum datangnya SAKIT
2-MUDA sebelum datangnya TUA
3- KAYA sebelum datangnya MISKIN
4-LAPANG sebelum datangnya SEMPIT
5-HIDUP mu sebelum MATI mu...



p/s aku redha dengan ketentuan MU...

 

23 January 2015

Tidur Dengan Aksi Yang Menarik

January 23, 2015 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Amboii !! sedapnya tidur...sampai macam tu sekali aksi tidur budak-budak kecik 2 orang ni...semalam mama baru belikan tilam baru buat si kecik ni...agaknya dapat tilam baru ni lah yang buat budak kecik ni tidur lena agaknya...seperti dibuai mimpi-mimpi indah jer..

p/s seronok tengok gaya budak2 berdua ni...

Selamat Tinggal SANYO Ku...

January 23, 2015 2 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Akhirnya !! kau pergi  jua...pergi mu sukar ku lupakan...jasa mu tetap dalam ingatan....inilah barang yang akan jadi sentimental value buat mama dan keluarga...memang dah lama sangat mama menggunakannya...akhirnya rosak juga periuk nasi mama ini...pada usianya yang dah sama dengan usia anak sulung mama...28 tahun lamanya ianya telah berjasa pada mama sekeluarga...terpaksalah mama pergi untuk mencari penggantinya yang baru...semoga kedatangan barang baru nanti akan setahan dan sekuat periuk nasi mama yang lama ini...selamat tinggal periuk nasi jenama "SANYO"ku...

p/s terpaksa juga berpisah...

Rezeki Hari Jumaat

January 23, 2015 6 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah !! rezeki hari Jumaat dapat lagi pemberian dari jiran baik mama...tu dia seplastik kerang segar dari ladang...katanya dapat dari Pontian lupa pulak mama nak tanya lebih lanjut sebab nak cepat jer tadi...itulah adat kita berjiran sesama memberi sesama merasa... 

ada hadis yang menyatakan menjalinkan hubungan baik sesama manusia dan jiran ada di dalam firman Allah SWT yang bermaksud :

"...dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa,kaum kerabat,anak-anak yatim,orang-orang iskin,jiran tetangga yang terdekat,jiran tetangga yang jauh,orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki..."


Salam Pagi Jumaat

January 23, 2015 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Mana satukah pilihan hati???setiap pilihan ada di tangan kita sendiri oleh itu pilihlah mengikut kata hati kita...semoga setiap pilihan yang kita buat akan membuatkan diri kita lebih bahagia dan ceria pada setiap hari-hari yang akan mendatang...In sha Allah...

p/s masa begitu cepat sgt berlalu...

22 January 2015

Resepi Kari Daging Tak Bersantan

January 22, 2015 4 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Resepi lagi ! tak apa kan kawan-kawan resepi yang selalu kita masak di rumah mama dok tayangkan kat sini...pada yang dah buntu nak masak apa cubalah resepi yang ada di dalam blog mama ni yer...search jer la yer....cewahhh macam terer jer tu ! konon nak jadi macam blogger masakan Cik Mat Gebu kita tu la pulak...tak apa la jadi hari ni mama nak share resepi Kari daging Tak Bersantan...jom tengok resepinya yer...

Bahan-bahannya...
Daging,kentang,santan
rempah kari,bawang merah,
halia,bawang putih,rempah 4 sekawan
garam dan serbuk perasa,sedikit air asam jawa
garam dan serbuk perasa
kalau suka boleh letak cili hidup

Cara-cara memasak...
1-Daging di potong dadu,dibasuh dan ditoskan dahulu...
2-Ambil bawang merah,halia dan bawang putih ditumbuk sehingga lumat...ambil sedikit bawang merah dan dihiris nipis..
3-Ambil rempah kari daging bancuhkan rempah kari dengan sedikit air sehingga cair sedikit..
4-Panaskan minyak dan tumiskan bawang hirisan dengan rempah 4 sekawan daun kari juga bahan yang telah ditumbuk lumat tadi...biarkan sehingga kekuningan dan naik bau...
5-Masukkan pula rempah kari daging yang telah dibancuh dengan air tadi ke dalamnya...kacaukan lagi rempah tumisan dan biarkan sehingga garing kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan biarkan sehingga rempah kari terbit minyak dan garing...
6-Bila dah terbit minyak masukkan daging ke dalamnya...letak air dan biarkan daging itu sehingga empuk... 
7-Bila daging sudah separuh empuk masukkan kentang pula ke dalamnya...biarkan lagi sehingga daging dan kentang empuk sepenuhnya...
8-Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya dan juga cili hidup yang telah dibelah dua..kalau kurang kuahnya tambahkan lagi sedikt air..sebab kari ini dimasak tanpa santan pleh itu kita hanya menggunkan air sahaja...
9-Akhir sekali tutup apinya dan kari daging siap untuk dihidangkan....
okay kawan-kawan selamat mencuba..


Misi Grandma Berjaya Akhirnya

January 22, 2015 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam hari pertama minggu ini Aiman di rumah grandma...mingu lepas Aiman bercuti sebab pulang ke kampung...jadi hari ini grandma bertekad nak mengajar Aiman tidur di bawah saja tanpa buaian lagi...misi untuk Awisy sudah pun berjaya...Awisy sekarang dah boleh tidur di bawah tanpa buaian lagi..jadi misi grandma yang pertama berjaya juga...kali ini misi yang kedua pulak untuk Aiman pula..

Cara grandma nak tidurkan mereka macam biasa juga seperti orang lain lakukan pada anak-anak mereka tapi lain orang lain la caranyakan..kita kena sendiri tahu dan ikut masa tidur budak-budak kecik 2 orang tu...biasanya budak kecik 2 orang ni akan tidur dalam pukul 9 pagi...kebiasaannya mereka berdua ni tidur sebelah pagi tidaklah terlalu lama sangat...lebih kurang dalam 1jam setengah mereka akan mula terjaga dari tidur...


Masa ni la grandma biarkan mereka main sepuas-puasnya...biarkan mereka letih sendiri...bila dah sampai masa makan grandma akan menyuapkan mereka sambil mereka bermain...bila dah selesai semuanya biarkanlah mereka bermain semula sehingga ke petang dalam pukul 3...masa ni grandma akan terus memandikan mereka terlebih dahulu ! siapkan mereka dan sediakan sebotol susu untuk mereka berdua minum...pastinya mereka berdua sudah tentu kehausan selepas penat bermain tadi...tv pula sudah semestinya kena ditutup terlebih dahulu supaya mata mereka tidak leka memandang skrin tv tu jer...

Masa ni la kita boleh melakukan apa yang sepatutnya sebelum mereka tidur...kena gosokkan kaki,tepuk-tepukkanlah perlahan kat bahagian yang perlu...lagi bagus nyanyikan atau zikirkan secara pelahan pada mereka...dengan cara ini lama-kelamaan mata mereka akan mulai layu dan akan terus tertidur...kekadang tu kena ambil masa lama sedikit la untuk membuat mereka terlelap...tapi setakat ini budak kecik 2 orang ni tiada masalah la pada grandma untuk tidurkan mereka tadi... mungkin mereka berdua sudah kepenatan bermain agaknya..tu yang senang dan cepat jer mereka berdua tidur....


Itulah sebahagian cara-cara yang grandma gunakan untuk membuat mereka berdua ni tidur...alhamdullilah setakat ni semua yang grandma lakukan telah pun berjaya pada Aiman dan Awisy...dah memang tak payah gunakan buaian lagi...besi buaian Awisy pun dah disimpan elok di dalam stor...buaian itu nanti boleh juga digunakan untuk adik Awisy yang akan datang nanti in sha Allah...

p/s misi grandma berjaya juga akhirnya...

21 January 2015

Wordless Wednesday # 532...Hilangkan Seri Wajah

January 21, 2015 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Jemput-Jemput Air Tangan Hubby

January 21, 2015 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Sedap petang-petang ni makan jemput-jemput ikan biliskan...petang ni hubby mama pulak yang buat jemput-jemput ikan bilis ni...sedap dan seronoknya ada orang yang masakkan ...kita tinggal makan jer bila dah siap...bila dah siap terus jer makan tanpa berkata apa-apa...tiba-tiba tergigit la sesuatu yang rasanya memang buat berasap telinga dan mulut mama...rupa-rupanya hubby telah letakkan cili api di dalam adunan jemput-jemput tu tadi patutlah terasa kebahangan cili api tu kat mulut ni....tu la akibatnya makan tanpa bertanya dan tanpa mengucapkan bismillahirahamanirahim dahulu...

p/s dah kena cili mulut ni...

Debab Baby Pinky Kena Solek

January 21, 2015 3 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Anak ! oh anak ! layan kan jer la...macam-macam dah ditambah kat dalam kereta debab baby pinky dia ini...inilah kerja 2 orang anak mama yang sibuk nak menyolekkan keretanya...sikit-sikit dah ada perubahannya...


memang dah jadi feminin dah debab pinky ni...anak perempuan la namanya ! memang suka sangat dengan barangan pinky ni... 


habis semua jenama hello kitty berwarna pink diletakkan di dalam kereta pinky ni...suka hati la anak-anakku...mama layankan jer ni..


Cover set dalam kereta pun dah order tapi masih belum sampai jer lagi..habis semuanya berwarna pinky nampaknya kereta anak mama ni...fanatik sungguh color pink...

p/s layan kerenah anak-anak yang suka sangat dgn pink..

Wordless Wednesday # 531..Gerimis Senja

January 21, 2015 0 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



p/s bila la budak kecik 2 org ni nak tido...

Resepi Masak Lemak Cili Padi Daging Berebung

January 21, 2015 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ni mama nak kongsikan resepi daging masak lemak cili api berebung...pada yang suka makan rebung mesti suka...family mama semuanya suka menu daging masak lemak dengan rebung ni...lebih-lebih lagi kalau ada ikan masin memang laju jer makannya...anak-anak mama suka sangat tambah kicap bila makan lauk ni...seronok bila lihat mereka suka makan masakan mama...jom kawan-kawan kita jengah resepinya...

Bahan-bahannya...
daging,rebung,cili api.kunyit hidup
serai,asam keping,santan
bawang merah,garam dan serbuk perasa

Cara-cara memasaknya...
1- Daging di rebus sedikit...rebung pun direbus sedikit untuk menghilangkan baunya..ambil cili api,bawang merah,bawang putih.kunyit hidup tumbuk atau kisar sehingga hancur..
2-Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk..masukkan serai yang dititik sedikit.
3-Masukkan santan cair dahulu..masukkan juga daging yang sudah direbus tadi ke dalam
periuk...biarkan sehingga daging itu empuk sepenuhnya...
4-Bila daging dah empuk masukkan asam keping dan rebung yang sudah direbus terlebih dahulu tadi...
5-Akhir sekali masukkan santan pekat,garam dan serbuk perasa secukupnya...kacau perlahan-lahan...jangan biarkan santan pecah minyak yer..
6-Menu masak lemak daging berebung siap untuk dihidang bersama nasi panas dan ikan masin...selamat mencuba yer kawan-kawan..


p/s lama dah x mkn rebung hari ni bertambah2 makan tengahari tadi...

Wordless Wednesday # 530...Macam Reti Sangat

January 21, 2015 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


19 January 2015

Resepi Paprik Sayur Telur Puyuh

January 19, 2015 9 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari-hari dok fikir nak masak menu apa untuk santapan keluarga...hari ni anak mama yang bongsu request nak makan lauk paprik...dalam peti ais hanya ada sayur dan telur puyuh..jadi inilah yang dapat dimasak dalam menu hari ini sayur paprik bertelur puyuh...anak mama okay jer bila ditanya janji adalah rasa papriknya tu...jom kita lihat resepinya...

Bahan-bahannya...
kacang panjang,karot,bunga kobis
serai,daun limau,telur puyuh
sos tomato/cili,cili kisar,sos tiram
cili padi,bawang besar
garam.serbuk perasa n gula

Cara-cara memasaknya...
1- Tumis halia,bawang putih dan serai terlebih dahulu biarkan seketika...
2-Masukkan cili kisar dan biarkan sehingga naik baunya...
3-Masukkan sos tiram,sos cili/tomato,cili padi,bawang besar,daun limau purut...kemudian masukkan garam dan gula serbuk perasa secukupnya...
4-Akhir sekali masukkan kesemua bahan kacang panjang,karot,bunga kobis,telur puyuh dan ratakan kesemuanya sehingga sebati...biarkan sekejap...bila sudah siap bolehlah diangkat dan paprik sayur telur puyuh siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan lauk yang lain juga....
selamat mencuba yer kawan-kawan semua...



p/s alhamdullilah dah sihat...lama x jengah blog rindu pulak...

16 January 2015

Hubby Memasak Hari Ini

January 16, 2015 12 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Memandangkan keadaan kesihatan mama kurang memuaskan jadi hari ini cik hubby yang tolong memasak..menu istimewa dari hubby ku tersayang "Nasi Ayam Abang Sayang" wawaaa sayang no laki die kan...hehee gurau yer kawan-kawan nak buat lawak pulak mama ni ! dalam keadaan kesihatan kurang memusakan ini pun masih nak bergurau yer...nak sedapkan hati tu yang kena buat sesuatu...lebih baik berguraukan daripada bermasam muka jer..

p/s resepinya akan datang yer..hari ni kurang sihat la...

2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday

January 16, 2015 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni mama nak cuba nasib nak menjoinkan diri dalam segmen dari blogger Fuza ni...mana tahu ada rezekinya dapat la kain baju lace yang cantik ni...mudah-mudahan hendaknya...pada kawan-kawan yang sudi jomlah join sekali pada yang nak join giveaway ini bolehlah ke blog Fuza tekan sini yer...

Di sini mama ingin sangat mengucapkan selamat hari lahir buat Fuza yang ke berapa sori la mama tak tahu yer ! kenalah tanya Fuza sendiri tau......

"Doa mama semoga Fuza dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,sentiasa dibawah lindungan Allah,sentiasa ingat akan ibubapa yang melahirkan Fuza ke dunia ini dan akhirnya semoga Fuza sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..aminn"


14 January 2015

Wordless Wednesday # 529...Pilihlah Calon Terbaik

January 14, 2015 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday # 528....Minta Dari ALLAH

January 14, 2015 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...




Wordless Wednesday # 527...Untuk Pengetahuan Semua

January 14, 2015 7 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



CPUV Lagi Awal Tahun 2015

January 14, 2015 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Alhamdullilah !! Mr.Nuffnang bagi lagi CPUV kat blog mama ni...ada rezeki lagi untuk bulan Januari awal tahun ini...iklan dari Nestle Kitkat dan Digi...murah rezeki blog mama pada tahun ni dan terima kasih pada Nuffnang dan juga kawan-kawan alam maya yang sudi singgah bertandang ke blog mama ini...

p/s sayang kat blog ni...

Wordless Wednesday # 526...Amalkanlah

January 14, 2015 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Wordless Wednesday # 525...I'll Be There

January 14, 2015 5 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



13 January 2015

Resepi Sambal Tauhu Goreng

January 13, 2015 8 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Resepi simple dan senang ni memang sedap rasanya kalau kita memasaknya dengan penuh kasih sayang...keluarga pun sayangkan...hari ni mama nak kongsikan resepi mudah dan simple buat kawan-kawan...resepi ringkas ini boleh dimasak bagi kawan-kawan yang kekurangan masa bila balik dari kerja...inilah dia resepi mudah sambal tauhu goreng...jom kita tengok resepinya dibawah ini...

Bahan-bahannya....
Tauhu,bawang besar
bawang putih,sedikit cili kisar
sedikit cili sos,udang kering
garam,gula dan serbuk perasa

Cara-cara memasak...
1-Tauhu dibersihkan dan digoreng hingga kekuningan tepikan dahulu...
2-Tumbuk udang kering yang sudah direndam dengan bawang merah dan bawang putih sehingga lumat....
3-Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk lumat tadi sehingga naik bau dan masukkan cili kisar dan sos cili...masak seketika..
4-Masukkan garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa...masukkan tauhu yang telah digoreng tadi...kacau hingga sebati dan biarkan sekejap..padamkan api dan sambal tauhu goreng siap dimasak dan boleh dihidangkan bersama nasi panas...
selamat mencuba yer kawan-kawan semua....

Reunion Kaum Ibu-Ibu

January 13, 2015 1 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


 Ini adalah cerita hari Sabtu lepas bila mak-mak buat reunion...jadi inilah gelagat anak-anak bermain...sebenarnya anak mama dan kawan-kawannya saja nak berjumpa sesama mereka sebab dah lama tak berjumpa...kali terakhir berjumpa selepas majlis hari lahir Awisy pada bulan September tahun lepas...

Oleh itu rumah mama la jadi tempat dan port tempat perjumpaan mereka ni...tiga dari kanan semuanya dah jadi ibu-ibu hanya seorang saja yang sebelah kiri tu masih belum ada rezekinya lagi...mereka berkawan ketika mereka semua masih belajar lagi ! zaman anak dara lagi ketika itu...sekarang ni semuanya dah jadi ibu dan dah pun berkahwin...


Tiada apa yang dapat dijamukan buat mereka hanya pisang goreng,jemput-jemput ikan bilis dan keropok lekor jer...lama juga mereka berborak bila dah lama tak berjumpa...banyak no la cerita menarik bila dah berkumpul bersama-sama macam ni...kisah anak-anak,kisah beli tudung AJ dan macam-macam lagi cerita dijadikan tajuk berborak dan kesemuanya pun dah jadi ahli tetap tudung AJ ini...



Inilah dia 3 orang kanak-kanak cilik yang sibuk bermain bersama-sama...dari kiri Umairah,Awisy dan Aiman...bila dah besar nanti boleh jadi kawan baik macam mak-mak mereka juga yer...



Peace yoooo...pantang ajak bergambar ! pasti Awisy nak tunjuk jari peace dia tu...ikut grandma la tu bak kata grandpa Awisy...ada juga yang mengikutnya...


p/s dah dpt ke BRIM pd tahun ni...?

Awisy Berdating Yer...

January 13, 2015 4 Comments
SALAM 1 ALAYSIA
Assalamualaikum...


Macam manalah boleh jadi sama ni....kebetulan atau suratan... wah !! mama ni nak nyanyi lagu pulak...Awisy dengan Umairah ni dah berjanji ke? tiba-tiba boleh pakai baju yang sama ni ! nak keluar dating yer !....bukan apa yer kawan-kawan ! kebetulan Umairah datang ke rumah mama ni berpakaian yang sama dengan Awisy rupa-rupanya...nak kata berjanji tak juga...elok jer Awisy dan Umairah ni pakai baju yang sama..penyokong cilik Chelsea ni...siap buat peace lagi...

p/s gelagat si cilik...


11 January 2015

Ephyra Skin Bar Membuat Kulit Muka Lebih Muda

January 11, 2015 17 Comments
SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Permulaannya mama nak ucapkan ribuan terima kasih pada blogger mialiana dan tuan punya produk Ephyra Pn.Amiza dan Oceanlife2u kerana telah memilih mama di antara 50 orang peserta yang telah berjaya dalam segmen Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com...hadiahnya adalah berupa sekotak Ephyra Skin Bar bersaiz 50gram untuk mama mencuba menggunakannya...


Pertama kali nak mencuba Ephyra Skin Bar ini terasa teruja juga rasanya sebab ianya masih baru lagi dan masih dalam percubaan untuk diperkenalkan dipasaran..banyak juga testimoni dari orang ramai yang diperolehi mengatakan banyak keberkesanannya bila kita menggunakan Ephyra Skin Bar ini..di bawah ini terdapat beberapa testimoni dari pengguna yang telah mencuba Ephyra Skin Bar ini...





Ephyra Skin Bar ini mengandungi Glutathione,Collegen dan Alpha Arbutin...dengan menggunakan Ephyra Skin Bar ini 

1-Kulit muka kita akan terasa lembab dan menaikkan seri wajah
2-Ianya dapat membantu menghilangkan bintik-bintik hitam di muka
3-Menggebu dan mencerahkan kulit muka
4-Menghaluskan kulit dan juga menghilangkan jeragat
5-Menghilangkan parut dan kedutan di muka


Pertama kali buka kotaknya dah terpandang warna sabunnya yang biru dan ianya juga berbau harum...sudah 2 minggu lebih mama menggunakan Ephyra Skin Bar ini...alhamdullilah banyak juga perubahan dari masalah jeragat,bintik-bintik hitam di muka dan hidung mama ini...penggunaan Ephyra Skin Bar yang berterusan perlu dilakukan sekerap yang mungkin untuk mendapatkan kesan yang lebih baik lagi...


Gambar ini mama ambil selepas mama mencuci muka menggunakan Ephyra Skin Bar..gambar yang diambil ini tanpa edit jelas sekali kelihatan kulit muka mama begitu tegang dan licin...kedut-kedut di tepi mata pun berkurangan...terasa kulit muka kita amat lembut dan segar setiap kali selepas mencucinya...yang paling ohsemnya kita akan terasa kulit muka kita begitu lembut dan tegang sekali seperti muka awet muda jer...

Eye bag yang terdapat di bahagian bawah mata mama pula juga berkurangan dan kulit muka yang berminyak juga hilang...bila nak masuk bilik air tu ! memang terasa asyik nak basuh muka jer ditambah lagi dengan baunya yang wangi dan sungguh menyegarkan itu...mencuci muka kita dengan Ephyra Skin Bar ini akan membuatkan kita lebih terasa kesegarannya...itulah antara sebab mama suka sangat bila menggunakan Ephyra Skin Bar ini...selepas mencuci muka mama suka usap kulit muka sendiri sebab terasa kulit muka ni lembut dan licin jer...


Inilah Eye bag yang terdapat di bawah mata sebelum mama menggunakan Ephyra Skin Bar memang jelas kelihatan...kulit muka mama pun memang nampak kusam sekali...


 Ini pula gambar setelah 2 minggu lebih mama menggunakan Ephyra Skin Bar....eye bag di bawah mata nampak jelas sekali telah berkurangan...jelas kulit muka mama tidak kusam lagi dan kulit muka betul-betul kelihatan tegang selepas menggunakan Ephyra Skin Bar ini...memang inilah keputusan yang amat terbaik la bila mama sudah menggunakan Ephyra Skin Bar ini...


Di atas ini gambar kulit muka mama sebelum mama memakai Ephyra Skin Bar...
terdapat bintik-bintik hitam di sebelah pipi kanan juga liang-liang pori kelihatan terbuka sedikit..



Gambar bawah ini pula selepas 2 minggu lebih mama menggunakan Ephyra Skin Bar...
bintik-bintik hitam disebelah pipi kanan semakin berkurangan...
kelihatan warna kulit juga semakin cerah dari kesan pemakaian Ephyra Skin Bar ini...liang-liang pori kulit muka juga kelihatan telah mengecil... kedut-kedut kat tepi hidung dan bawah mata juga berkurangan...



Gambar ini pula disebelah pipi kiri sebelum mama menggunakan Ephyra Skin Bar..
terdapat bintik-bintik hitam juga liang roma yang terbuka...


Gambar selepas 2 minggu menggunakan Ephyra Skin Bar...
gambar di sebelah pipi kiri...
bintik-bintik hitam berkurangan dan liang roma juga sudah mengecil...
warna kulit juga semakin cerah semenjak menggunakan Ephyra Skin Bar..inilah perubahan yang baik dan ketara yang mama rasa setelah 2 minggu mama menggunakan Ephyra Skin Bar ini...


Jeragat dibahagian hidung juga berkurangan setelah seminggu lebih menggunakannya...inilah bahagian jeragat yang paling degil sekali kat muka mama...mama terpaksa kena sapu dahulu Ephyra Skin Bar buat macam mask di bahagian hidung yang degil ini dan mama biarkan selama 5 minit di hidung yang berjeragat itu dan selepas itu barulah mama mencuci di keseluruhan muka ini...penggunaan pagi dan malam Ephyra Skin Bar membuatkankan kulit muka kita bertambah segar dan tegang...kalau nak gunakan 2 atau 3 kali sehari pun boleh terpulang pada kita sendiri...mungkin akan lebih cepat kesannya nanti.. 


Kesan-kesan yang dapat kita perolehi setelah memakai Ephyra Skin Bar ini adalah

1-Kulit muka akan lebih cerah,lembut dan tegang
2-Menanggalkan kotoran,minyak dan sel kulit mati
3-Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
4-Menghilangkan bintik-bintik hitam di muka
5-Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
6-Memberikan kesan segar sepanjang hari
7-Boleh menghilangkan bau badan
8-Sesuai digunakan untuk keseluruhan badan
9-Sesuai juga digunakan oleh lelaki dan perempuan



Oleh itu mama sarankan pada kawan-kawan yang telah menggunakan Ephyra Skin Bar ini lebih eloklah menggunakan sekali produk minuman Ephyra untuk mendapatkan hasil yang lebih baik lagi...kita boleh menggunakan kedua-dua produk Ephyra ini sekali untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan terbaik dari luaran dan dalaman badan kita...lelaki atau perempuan boleh menggunakan Ephyra Skin Bar ini...


Inilah gambar terbaru mama ! sekarang mudah sungguh nak tepek dan gunakan krim muka sebab kulit muka dah jadi semakin lembut dan tegang..semuanya jadi sekata dan licin...okaylah mama nak selfie satu gambar kat sini yer...
Pada kawan-kawan yang ingin mencuba Ephyra Skin Bar atau minuman Ephyra ini bolehlah membeli dengan ajen yang sah dan boleh juga membeli secara online di alamat berikut...

Address : OCEANLIFE MARKETING SDN BHD
Co.No.975208P
73a-3rd Floor Block J,Plantinum Walk,
No.2 Jalan langkawi,
Danau Kota Setapak,
53300 Kuala lumpur.
Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.