SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Kali ni tekak ibu mengandung nak makan sayur bendi pulak..terpaksa juga mama memasakkan sedikit untuk anak mama ni... dapat sedikit merasa kat tekak pun dah cukup baginya...dah terlanjur mama letakkan gambar sayur bendi ni eloklah letakkan sekali resepi simple ni yer...

Bahan yang diperlukan...
bendi,cili kisar,ikan bilis
garam dan serbuk perasa
minyak

Memasak yang simple..
1-Potong bendi ikut suka kita la kan...bila dah potong biarkan ketepi...
2-Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang merah serta ikan bilis kemudian masukkan sedikit cili kisar...kacau sehingga garing cilinya...
3-Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa secukupnya...
4-Akhirnya masukkan sayur bendi...kacau sehingga sebati...biarkn sekejap dan bolehlah diangkat...hidangan simple memang sedap kalau dihidangkan dengan nasi panas..
okay la kawan-kawan selamat mencuba yer...