SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

Bila ada kenduri kawin mesti ada cenderahati atau goodies beg buat jemputan yang datang...memang meriahkan kalau ada goodies beg ni..kalau tak ada dah macam lain pulak rasanya...kalau dulu tak ada goodies beg macam sekarang ni...yang ada buat jemputan masa tu hanyalah nasi berkat dan telur untuk mereka...itu pun diberikan bila para jemputan yang ingin berangkat pulang...

Mesti banyak kos untuk goodies beg macam ni kan..kalau cantik mesti harganya pun cantik juga..harganya pun ikut jenis goodies beg tu..kalau mahal isi luar yang isi dalamnya pun mesti cantik juga..kalau nak yang canggih terpaksalah keluarkan duit yang lebih...bagi kat tetamu lepas tu tak tahulah apa yang dibuat dengan goodies beg tu...

pada mama kalau dapat goodies beg macam ni memang sayang rasanya nak buka sebab cantik luarannya tapi bila dah lama-lama terpaksa juga buka sebab nak tengok apa isi dalamanya pula..bila dah buka jawabnya terpaksalah buang jer bekas luar tu kan..rasa macam membazir pulak bila tengok benda yang cantik dibuang macam tu saja...jadi lepas ni kalau nak buat kenduri kawin terpaksalah buat yang simple dengan kos yang murah jer..ikut budjet kita kan...