HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Monday, February 29, 2016

Menang Giveaway Dari Blog Cik Akak

ASSALAMUALAIKUM...



Alhamdullilah ada rezeki mama juga kali ini...kali ini mama berjaya dalam giveaway yang telah mama sertai dulu..jika nak tahu giveawaynya tekan sini...terima kasih pada blogger Cik Akak yang mengadakan giveaway ini..terima kasih juga pada sponser hadiah yang mama menangi ini berupa wang tunai RM10..

p/s seronok dpt join giveaway dr teman blogger...

29 Februari Datang 4 Tahun Sekali

ASSALAMUALAIKUM...

Masa berlalu begitu pantas sekali...hari ini dah 29 Feb esok kita akan bertemu bulan yang baru pula iaitu bulan March...pada hari ini setiap 4 tahun saja kita akan bertemu tarikh 29 Feb..pada kawan-kawan yang lahir pada 29 Feb akan menyambut tarikh hari lahirnya setiap 4 tahun sekali..itupun jika kita dipanjangkan umur 4 tahun lagi kita akan ditemukan sekali lagi pada 29 Feb 2020..in sha Allah jika Allah panjangkan umur mama juga ni...selamat tinggal bulan Februari dan selamat datang bulan March...


Laluan Yang Paling Menakutkan Di Dunia

ASSALAMUALAIKUM...
Inilah antara gambar jalan yang menankutkan yang mama lihat di dalam facebook tadi...memang menakutkanlah..rasa seriau jer bila melihatnya...agak-agak kalau terpaksa lalu dilaluan ini kawan-kawan semua hendak tak..?memang rasa semacam jer bila tengok..macam manalah agaknya orang-orang yang melalui jalan-jalan ini agaknya...jomlah kawan-kawan kita lihat gambar-gambarnya di bawah ini...







Sunday, February 28, 2016

Jadi Pengomen Tegar Di Blog Mialiana.com

ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdullilah !! kejutan yang tak disangka-sangka...mama adalah salah seorang dari 20 orang pengomen tegar di blog blogger Mialiana...baru pagi tadi mia updatekan entri terbarunya..pada kawan-kawan yang ingin tahu ceritanya bolehlah ke blog Mialiana.com..




mama berjaya mendapat tempat kedua sebagai pengomen tegar di blog Mialiana...seronok rasanya bila blog mama ini tersenarai dalam senarai pengomen tegar di blog blogger femes seperti Mialiana ini...pada kawan-kawan blogger pasti sudah mengenali blog beliau ini..pada new blogger bolehlah terjah dan menjengah ke blog Mialiana ini yer...

p/s ikatan ukhuwah teman blogger..

Thursday, February 25, 2016

Rutin Harian Grandma Bersama Cucunda

ASSALAMUALAIKUM...

Inilah rutin grandma sehari-hari...bersama dengan cucunda di rumah...bila tengok mereka leka sempat snap gambar apa yang dilakukan...Damia jer nampak grandma snap gambar ni yer..Haris dan abang Awisy leka dengan mainan..


Memang inilah masa untuk cucuanda bermain sepuas-puasnya...bila dah penat mulalah semuanya menjerit nakkan susu..Haris leka pandang iklan kat tv tu..


Bila ada yang tahu grandma snap gambar ni.. si abang Awisy nak juga bergambar sambil menyusu..haris leka dengan mainan...Damia pandang abang Awisy menyusu tu..


tengok tu abang Awisy..kat mana saja boleh sempat dia menyusu..ikut suka la Awisy janji baring diam-diam yer..


Wednesday, February 24, 2016

JDT Vs Ayeyawady United

ASSALAMUALAIKUM...

Pusingan pertama Piala AFC antara JDT dan Ayeyawady United malam ini berakhir dengan kemenangan bagi pasukan Johor Darul Ta'zim...kali ini JDT mengalahkan Ayeyawady dengan 8 - 1..semoga JDT akan teruskan mengekalkan kejuaraannya nanti..Tahniah JDT dengan kemenangan malam ini..


Wordless Wednesday #584...Peringatan Untuk Diri Dan Semua

ASSALAMUALAIKUM...



Wordless Wednesday #583...Hanya Pinjaman

ASSALAMUALAIKUM..

Wordless Wednesday #582...Jangan Membenci

ASSALAMUALAIKUM...



Wordless Wednesday # 581...Kesayangan Grandma

ASSALAMUALAIKUM...


Monday, February 22, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com

ASSALAMUALAIKUM...


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Sunday, February 21, 2016

Resepi Ikan Bakar Sambal Serai

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini anak mama ambil alih kerja di dapur...terima kasih anakku sebab bagi mak berehat dari memasak hari ini..biarkanlah cuti hujung minggu anak pula yang memasak...jadi mari kita tengok resepi dari air tangan anakanda mama hari ini...

Bahan-bahannya...
Ikan cencaru,cili kering
bawang merah,bawang putih
sedikit belacan,air asam jawa
serai,daun pisang,foil
garam,gula dan serbuk perasa

Cara-cara memasak...
1-Serai dihiris halus dan kisar bersama cili kering,bawang merah,bawang putih dan sedikit belacan..kisar sehingga hancur..
2-Panaskan minyak..tumiskan bahan kisar tadi sehingga garing..masukkan sedikit air asam jawa,garam,gula dan serbuk perasa secukupnya..biarkan sambal sedikit kering...
3-Setelah sambal serai kering bolehlah ditutup apinya..
4-Masukkan sambal di belakang ikan cencaru yang telah dibelah belakangnya..balut dengan daun pisang dan foil...buat sehingga selesai..
5-Akhir sekali bakar ikan yang telah siap dibungkus di atas dapur sehingga ikan masak..bila sudah siap di bakar bolehlah dimakan dengan nasi panas dan lauk-lauk yang lain juga..selamat mencuba yer kawan-kawan semua..


Friday, February 19, 2016

Asmara - Lagu Cinta [ Lirik Video ]

ASSALAMUALAIKUM...



Di atas perit kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku dengan cintamu
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Di saat luka kau tak ada
Di saat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati
Di saat luka kau tak ada 
Di saat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Lagu cinta


Wednesday, February 17, 2016

Layan Jeruk Betik

ASSALAMUALAIKUM...
Boring pulak malam-malam ni...hubby pulak tak ada outstation selama 4 hari...selalunya dok layan hubby berbual sambil layan gaduh-gaduh manja malam-malam macam ni...bila dah sunyi macam ni barulah terasa sunyinya..tulah bila dekat dok nak gaduh-gaduh bila berjauhan barulah terasa sunyi dan rindunya...cewah jiwang pulak malam-malam ni...inilah dia bila nak hilangkan sunyi..layan jer la cerita "Cinta Teruna Kimchi " dalam drama tv3 ni sorang-sorang sambil tu layan sekali makan jeruk betik ni...


P/s yeeeah esok hubby balik...


IPPO HAFIZ - KEKAL BAHAGIA [OST Cinta Si Wedding Planner]

ASSALAMUALAIKUM...



Ku tlah melupakan dirinya
Ku tlah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku..
Teguhkan hatimua menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku'kan selalu ada denganmu...

Memang benar aku mencintai mu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
hanyalah padamu
Ku harapkan engkau 
yang terakhir dalam hidup ini
Setia bersama mu
Hingga hujung waktu ku
Kekal bahagia selamanya


Wordless Wenesday # 580...Allah Maha Mengetahui

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday #579...Kebaikkan Jus Ini

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday #578...Pejabat Baru

ASSALAMUALAIKUM...

Nuffnang Bagi Lagi

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdullilah ada lagi rezeki dari bulan Jan dan Feb ini...mekacih Mr.Nuffnang atas semuanya yang diperolehi ini...ada juga iklan yang telah dikreditkan dan ada yang masih belum lagi....tak apalah janji ada juga rezeki untuk blog mama ni...kalau ada lagi bolehlah beri lagi banyak-banyak yer Mr.Nuffnang...

terima kasih juga buat teman-teman alam maya yang sentiasa sudi menyokong blog mama yang tak seberapa ini dan menglike iklan kat blog mama ini...sayang sangat kat ualls semua...diharapkan agar ikatan ukhuwah di antara teman-teman alam maya ini akan terus berkekalan hendaknya...

p/s sayang rasanya nak tinggalkan blog ini...

Wordless Wednesday #577...Lawak Tak??

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday # 576..Nak Curi Boleh Jer

ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, February 16, 2016

Bawa Awisy Bermain

ASSALAMUALAIKUM....

Hari minggu memang hari bersama keluarga...mama dan papa Awisy akan selalu membawa Awisy dan adik Damia jenjalan dan bila ada tempat bermain memang lamalah berada di situ...kali ini mama dan papa Awisy bawa ke Tesco Plentong pula..ada tempat bermain berbayar disediakan...apa lagi Awisy habis semua tempat diterokainya...


Kalau dah dapat bermain memang lupalah nak balik...selagi tak habis masa bermain selagi itulah Awisy akan bermain sepuas-puasnya...


Seronok juga tempat bermain yang disediakan di sini..cas untuk masuk ke sini pun tidaklah mahal sangat...selama 2jam dikenakan bayaran sebanyak RM 12 bersama penjaga...kebetulan ada grandma dan grandpa kena tambah cas RM2 pula...


Tempat bermain yang disediakan pun luas dan banyak...memang seronok kanak-kanak bila berada di sini..pilih jer jenis permainan apa yang jadi kesukaan mereka ada di situ...


tempat bermain yang selesa sekali...


Ibu bapa pun boleh bersantai dan berehat di dalam sambil memerhatikan anak-anak bermain di situ..


Luas dan bersih tempat bermain untuk kanak-kanak ini...cafe pun ada disediakan di tepi bahagian hadapan tempat bermain ini...tapi mama lupa pula nak mengambil gambarnya...sambil menunggu anak-anak bermain ibubapa boleh makan-makan dan minum-minum di cafe yang ada di situ...boleh juga membeli minuman untuk anak-anak bila mereka penat bermain...


DIY Meja Console Dan Kerusi

ASSALAMUALAIKUM...
Projek DIY ini dari minggu lepas lagi mama hendak membuatnya tapi ada saja halangannya...kebetulan mama masih bercuti dari menjaga cucu dan anak asuhan jadi kena jugalah teruskan projek yang tertangguh itu hari ini juga...jemu pula tengok color lama perabot yang ada kat rumah mama ni...jadi projek mama hari ini untuk menukarkan color coklat perabot itu ke color putih pulak...kena spray satu persatu perabot yang ada...projek pertama hari ini adalah meja console dan 2 biji kerusi kiri kanannya...jom kita lihat gambar-gambar yang kat bawah ni...


pertama sekali mesti ada spray warna putih..sediakan ikut keperluan yang diperlukan...mama beli di kedai diy dan jenis spray ini adalah yang cepat kering..senang tak payah nak tunggu lama untuk mengeringkannya nanti...


Hubby tolong spraykan juga tadi sebelum dia bertolak untuk kerja luar (outstation) ke Muar...


Selesai satu kerusi yang telah siap dispray oleh hubby tadi...


2 kerusi telah siap di spray dan dibiarkan sekejap supaya catnya betul-betul kering...


kali ini proses meja consolenya pula untuk di spray...inilah meja consolenya sebelum proses spray dilakukan...


Akhirnya siap juga meja console ini di spray dengan color putih...


Setelah siap di spray beginilah rupanya meja console dan kerusi yang telah di make over dengan color yang baru..memang nampak menarik sekali setelah ditukar color dengan warna putih ini...selepas ini ada lagi projek diy yang perlu mama lakukan lagi...pada kawan-kawan yang ingin mencuba bolehlah mencuba melakukanya sendiri di rumah yer..selamat mencuba...jumpa lagi kawan-kawan semua...

p/s tunggu entri diy seterusnya...

Monday, February 15, 2016

Selamat Hari Lahir Adik

ASSALAMUALAIKUM...

Hepi bornday sayangku !! 
..semoga anakandaku ini dilindungi Allah,akan sentiasa diberkati di dunia dan diakhirat nanti..semoga apa jua yang akan dilakukan akan sentiasa diberkati,jadilah anak yang solehah,beroleh seorang suami yang soleh serta beroleh kejayaan dalam hidup ini...jalankanlah tanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T yang taat pada NYA dan kedua ibu bapa mu...aamin...

SELAMAT HARI LAHIR
 NURULAZLIN BINTI DZOLKARNINE !!

Sunday, February 14, 2016

Piala Sumbangsih Milik JDT Kali Ke 2

ASSALAMUALAIKUM...

Tahniah buat semua pemain pasukan JDT kerana telah berjaya mengekalkan Piala Sumbangsih buat kali ke 2 pada musim permainan untuk tahun 2016 ini...Permulaan permainan malam ini untuk musim 2016 ini membawa pasukan JDT dan pasukan Selangor ke pusingan penaliti yang mendebarkan...

JDT dan Selangor terikat dengan 1-1 gol dalam permainan malam ini hingga membawa ke pusingan penalti..kemenangan berpihak pada pasukan JDT malam ini dengan kemenangan jaringan gol penalti 7-6..

p/s Luaskan KuasaMu JDT



Saturday, February 13, 2016

Bercuti Berjimba Bersama Di Hari 2

ASSALAMUALAIKUM....
Pada hari yang ke 2 bawa mereka jenjalan ke Country Garden Di Danga Bay...nasib baik ada taman mainan untuk kanak-kanak...memang leka semua budak-budak tu bermain...yang dewasa ni buatlah agenda tersendiri jer ...


bergambar keutamaan pertama...masing-masing nak berposing saja...


pakcik dan anak saudara juga cucu saudara berposing juga...








cucu-cucu saudara mama...pandai bergambar dan berposing saja mereka...


sempat lagi snap satu gambar mereka...


si kecik yang pandai posing...


kakak n adik ipar...

 

Putera Danish Aqif


 Puteri Danisya Adriana