HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Monday, May 30, 2016

Habis Semua Jadi Qu Putih

ASSALAMUALAIKUM....

Habis semua perabot nak di qu putihkan...dah terlebih rajinlah mama ni...kali ni side meja kecik ni..meja kecik cepat siapnya...ada 2 side meja ini yang perlu di qu putihkan...


Satu meja kecik ni mama letak kat bahagian depan luar rumah...tempat lepak-lepak depan rumah..masa ini baru lepas siap mengecatnya dan catnya pun masih belum kering lagi..


Satu lagi meja side ni mama letakkan di dalam rumah untuk deko..kan dah nampak cantik semula meja kecik lama mama ni...biasalahkan jika barang lama ni kita diykan sendiri akan jadi cantik semula...projek deko dan qu putih akan mama terus lakukan sehingga selesai...akan ada entri deko lagi nanti yer...


Sunday, May 29, 2016

Sarapan Pagi Ini

ASSALAMUALAIKUM...

Sarapan mama dan hubby pagi hari ini...kalau dah berdua ni makan kat luar lebih senang...minggu untuk berdua dan berdating dengan hubby....


Semalam teman hubby makan ayam goreng...mama temankan jer sebab tak makan ayam...pagi ni ke McD pulak untuk sarapan pagi...minggu berdua-duaan...


Friday, May 27, 2016

Projek Qu Putih Lagi

ASSALAMUALAIKUM...

Kes mendeko lagi..quputih la katakan..jenuh juga nak menyiapkan projek qu putih mama ni...projek sebelum bulan puasa la katakan...kalau dah berpuasa nanti memang letihla nak membuatnya..nasib baik dah awal-awal mama lakukan projek quputih mama ni...kalau tak buat awal memang tak ada perubahanlah raya tahun ni...


Kali ni projek quputihkan pintu depan dan grillnya sekali..inilah gambar sebelum melakukan perubahan pada pintu ini..


Siap juga projek quputih pada pintu rumah mama ni..siap juga akhirnya...


Pintu dan grill sebelum dilakukan perubahan...Bahagian yang lambat sikit nak menyiapkannya...Perlahan-lahan mengecatnya...


Akhirnya siap juga pintu ini di quputihkan...


Bahagian tangga pula yang separuh siapnya...


 Akhirnya siap juga keseluruhan projek quputih di bahagian tangga ini pula...setelah tu alihkan frame gambar dari tepi tangga terus ke atas pula...settel juga akhirnya...okay la kawan-kawan nanti kita jumpa di entri quputih seterusnya yer..


Tazkirah Jumaat 4 Perkara Mengangkat Darjat Kita

ASSALAMUALAIKUM....



Thursday, May 26, 2016

Tahniah Adik Teruskan Usaha Mu

ASSALAMUALAIKUM....

"Tahniah ! tahniah buat anakku...semoga akan terus berjaya dalam kerjaya yang diminati itu..mak akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan adik di dunia ini mahupun akhirat...moga kejayaan untuk adik akan sentiasa diperolehi dengan tekun dan kerja keras...sentiasalah ingat pada Allah dan berdoalah semoga apa jua yang diingini dan dihajati akan diperolehi selalu yer...In sha Allah jika ada rezeki adik mak doakan semoga adik akan lebih berjaya lagi jika berjaya bekerja di Australia nanti..aamin..."


Inilah hasilnya dari kerja keras dan tekun yang anak mama lakukan pada kerjanya...berkat ketekunan anak mama inilah dia telah di berikan award sebagai pekerja terbaik di Legoland Malaysia...hadiah ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar Legoland Malaysia pada majlis Annual Dinner yang ke 4 tempohari...bukan mama nak menunjuk atau berbangga tapi mama ingin berkongsi kegembiraan ini bersama-sama teman alam maya disini...


di antara staff-staff yang berjaya dan mewakili deparment masing-masing...


Annual Dinner yang ke 4...


Inilah hadiah-hadiah yang diterima oleh anak mama semalam...
1-trofi
2-wang tunai
3-sijil
4-voucer membeli barangan lego sebanyak rm500


trofi dan sijil yang diperolehi...


sijil pertama ketika anak mama perolehi semasa di awal tahun 2015...dan yang kedua adalah sijil untuk pemilihan keseluruhan staff yang berjaya mendapat MC Star dan itulah yang anak mama baru diperolehi tempohari...anak mama ini jika ada rezeki beliau in sha Allah telah ditawarkan bekerja di Australia dibawah pengurusan Merlin Entertainment Sydney Australia...mudah-mudahan adalah rezeki beliau...mana tahukan anak mama akan lebih berjaya lagi bila dapat bekerja dan merantau di negeri orang nanti...hanya doa yang dapat mama iringi semoga anak mama ini sentiasa akan terus berjaya...aamin...




Wednesday, May 25, 2016

Wordless Wednesday #628...Syurga Dan Neraka

ASSALAMUALAIKUM...


Wordless Wednesday #627...CatLephant

ASSALAMUALAIKUM...



Wordless Wednesday #626...Keperluan Hidup

ASSALAMUALAIKUM...



Wordless Wednesday #625...Happy Marriage

ASSALAMUALAIKUM...



Wordless Wednesday #624...Kepada MU Ku Berserah

ASSALAMUALAIKUM...


Monday, May 23, 2016

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

ASSALAMUALAIKUM...



Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Saturday, May 21, 2016

Projek Qu Putih Lagi

ASSALAMUALAIKUM...
Projek qu putih mama diteruskan lagi...kali ni mams meng quputihkan kerusi santai luar pula...dah teruk sangat pudarnya dah jadi buruk rupanya...jadi kita bagi solekkan dia semula bagi nampak berseri dan cantik semula...


rupa kerusi santai mama ini sebelum dicatkan...


Inilah benda yang kita perlukan..cat,berus cat,tinner,sarung tangan dan surat kabar lama...dah ada barang bolehkah kita mulakan mengecat...jom semua projek mama bermuka...


Akhirnya siap juga projek quputih mama ni...sudah nampak cantik dan berseri semula kerusi santai mama sekarang...perlahan-lahan jalankan tugas qu putih ni...selepas ni ada lagi projek quputih yang lain pula...tunggu next entri yer..


Friday, May 20, 2016

Tazkirah Jumaat

ASSALAMUALAIKUM...


"Carilah HATImu sewaktu membaca Al-Quran,jika gagal carilah HATImu sewaktu solat,jika gagal carilah HATImu sewaktu duduk tafakur mengingati MATI.Andai tidak kamu temui juga maka berdoalah kepada Allah pinta HATI yang baru.Rawatlah hati dengan sentiasa ingat MATI.Ia pembasuh hati resah gelisah,memadam rasa nikmat melakukan dosa dan memberi satu tenaga ampuh untuk menjalani kehidupan sempurna..."


Thursday, May 19, 2016

Mendeko English Style Baru Nak Belajar

ASSALAMUALAIKUM...

Awal tahun ni mama dah mula sikit-sikit buat projek mendeko rumah...jemu pulak tengok warna yang lama tu..ingatkan raya tahun ni nak buat sedikit perubahan..biar nampak lain dari yang lama...projek mengquputihkan semua perabot kat rumah mama ni...Konon-kononnya nak tukarlah style inggeris pulak...tak tahulah menjadi ke tidak english stylenya ni...


Sedikit demi sedikit lama-lama siap juga mengquputihkan perabot mama ni...Ada lagi yang belun disiapkan lagi sebenarnya...meja dan kerusi makan mama masih belum diquputihkan lagi...nak kena tunggu masa yang sesuai bila hendak membuatnya...Bila dah siap nanti kita jumpa di entri yang lain pula yer...


Cuba letak kayu penghadang kat belakang tu..sekejap jer letak kat situ...rasa macam sempat sangat ruang bila letak penghadang tu..oleh itu cepat-cepat dialihkan semula...


Habis semua di qu putihkan...darilah perabot sampailah ke tangga...baru separuh saja dapat dilakukan di bahagian tangga ni...kena buat sendiri sedikit demi sedikit...kalau tunggu nak raya nanti memang tak sempat dekonya..lebih-lebih lagi kalau dalam bulan puasa nanti memang tak larat rasanya...

hubby semenjak kebelakangan ni kurang sihat jadi tak dapat nak menolong..kalau dulu pantang suruh saja cepat buatnya tapi sekarang ni semenjak dah berumur dan berpenyakit memang jarang hubby nak buat kerja yang berat-berat...tapi ada juga la dia menolong mana yang ringan dan mudah saja...jadilahkan asalkan ada juga niat hendak menolong isterinya ni...

Wednesday, May 18, 2016

KHAI BAHAR Full Album Cover

ASSALAMUALAIKUM...



P/S suka sangat dengar suara Khai menyanyikan lagu ni...

Wordless Wednesday # 623...Kelebihan Puasa 6 Syawal

ASSALAMUALAIKUM...

Restoren Remaja Classic Kita Datang Makan Malam

ASSALAMULAIKUM...
Kali ini kita jenjalan cari makan di Restoren Remaja yang terletak di Bandar Baru Uda...sesekali rasa makanan di sini pula..kami order untuk hidangan sekeluarga...lebih senang makan berhidang sekali gus...kalau nak order berasingan pun boleh juga...

satu lagi perlu diingatkan kawasan parking kereta agak bahaya sedikit kerana selalu berlaku kejadian mencuri barangan berharga di dalam kereta...selalu kereta yang ada barangan yang ditinggalkan di dalam kereta akan dipecahkan untuk dicuri...bila parking tu biarlah tiada barang berharga yang ditinggalkan di dalam kereta yer...


Cantik juga layout yang dibuat didalam dan di luar restoren ini...


layout di sebelah dalam restoren ini...


 minuman dah sampai dan masing-masing sedang menunggu hidangan yang lain...


ikan kerapu masak stim nyonya...


tom yam seafood...


sotong goreng butter...


udang goreng butter juga..


Kailan Ikan Masin


akhirnya licin pinggan semuanya...tinggal daun salad yang diusik jer..kalau dah licin pinggan tu bermakna sedap la tu kan...makanan di sini kira okay juga..kalau nak bagi bintang mama akan bagi 4 bintang la yer... 
jadi pada kawan-kawan yang ingin mencuba bolehlah ke 

Restoren Remaja 
No 45 & 47,Jalan Padi Ria 13,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru
Tel: 07-2368668


Wordless Wednesday # 622...Ingatan

ASSALAMUALAIKUM...


Wordless Wednesday #621...Sebutlah Perkataan Ini

ASSALAMUALAIKUM...




Tuesday, May 17, 2016

Demam Dan Selsema

ASSALAMUALAIKUM...
Lama rasanya tidak bersiaran di blog...cuaca pun tak menentu sekarang ni begitu juga dengan mama sekarang ni...demam dan selsema sedang melanda sekarang ni...menjangkit dari cucu-cucu yang pun baru lepas demam dan selsema...bila dah demam selsema ni memang remaslah semuanya lebih-lebih lagi bila hidung mula tersumbat...memang tak selesa rasanya...kalau budak-budak kecik memang kesian kita melihatnya bila dah kena selsema macam ni..nak tidur pun memanjang tak lena asyik tersedar saja...di bawah ini kita kongsikan doa untuk merawat selsema...mudah-mudahan berkuranganlah selsema mama ini...




Rutin Hujung Minggu

ASSALAMUALAIKUM....

Sudah menjadi rutin setiap hujung minggu mama dan papa Awisy akan membawa Awisy ke playground indoor begini..Awisy sememangnya aksn berasa seronok sangat bika berada di sini..kali ini kami membawa Awisy ke Smart kids di Plaza Angsana Johor..bayaran yang dikenakan sebanyak rm25 selama sejam...


Ramai juga ibubapa yang datang membawa anak mereka bermain di sini...


Awisy memang suka berada di tempat begini...lepas satu tempat ke satu tempat Awisy pergi dan bermain..


Beginilah keadaannya bila berada di sini...


Sekejap ke sini sekejap ke sana Awisy bermain...


Tempat kegemaran Awisy bermain..


berexercise pulak dia..


susun -susun...