ASSALAMUALAIKUM...

Awal tahun ni mama dah mula sikit-sikit buat projek mendeko rumah...jemu pulak tengok warna yang lama tu..ingatkan raya tahun ni nak buat sedikit perubahan..biar nampak lain dari yang lama...projek mengquputihkan semua perabot kat rumah mama ni...Konon-kononnya nak tukarlah style inggeris pulak...tak tahulah menjadi ke tidak english stylenya ni...


Sedikit demi sedikit lama-lama siap juga mengquputihkan perabot mama ni...Ada lagi yang belun disiapkan lagi sebenarnya...meja dan kerusi makan mama masih belum diquputihkan lagi...nak kena tunggu masa yang sesuai bila hendak membuatnya...Bila dah siap nanti kita jumpa di entri yang lain pula yer...


Cuba letak kayu penghadang kat belakang tu..sekejap jer letak kat situ...rasa macam sempat sangat ruang bila letak penghadang tu..oleh itu cepat-cepat dialihkan semula...


Habis semua di qu putihkan...darilah perabot sampailah ke tangga...baru separuh saja dapat dilakukan di bahagian tangga ni...kena buat sendiri sedikit demi sedikit...kalau tunggu nak raya nanti memang tak sempat dekonya..lebih-lebih lagi kalau dalam bulan puasa nanti memang tak larat rasanya...

hubby semenjak kebelakangan ni kurang sihat jadi tak dapat nak menolong..kalau dulu pantang suruh saja cepat buatnya tapi sekarang ni semenjak dah berumur dan berpenyakit memang jarang hubby nak buat kerja yang berat-berat...tapi ada juga la dia menolong mana yang ringan dan mudah saja...jadilahkan asalkan ada juga niat hendak menolong isterinya ni...