HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Friday, September 30, 2016

Selamat Hari Lahir Buat Cucunda Kedua Grandma Nur Damia Zulaikha

ASSALAMUALAIKUM...


Hepi besday Damia !!! grandma doakan semoga Damia akan membesar menjadi seorang anak yang solehah yer...cewahhhh princess Nur Damia Zulaikha berposing di Hello Kitty...


konon-konon nak buat muka marah la tu...tomey jer cucunda grandma ni...
muahhhh cikit yer...

HEPI BESDAY MY SWEET PRINCESS NUR DAMIA ZULAIKHA


Thursday, September 29, 2016

Blogger Johor Vs Blogger KL Jadi Blogger Malaysia

ASSALAMUALAIKUM...
Blogger ?? seronok ke jadi blogger ni..?femes ke blog awak..?apa yang awak tulis dalam blog tu...?ada macam-macam soalan yang selalu kita dengar pasal blogger ni...banyak ke income setiap bulan...?income tak banyak la jadi blogger ni... 

wah !! itulah soalan yang selalu saja kita dengari dari mereka yang tak berapa faham atau saja-saja buat tak faham atau pun saja jer nak dengki atau iri hati...hati perangai manusia ni kita tak boleh nak jangka... buat apa pun memang ada jer yang tak kena nyer.. itulah lumrah manusia di dunia ini..ada yang suka ada yang tak suka..terpulanglah pada apa yang mereka hendak fikir dan katakan...tepuk dada tanya selera..

sebenarnya seronok jadi blogger ni kan kawan-kawan..malu ke?? mama pun first time jumpa blogger-blogger femes ni memang terasa kekok dan malu...baru jumpa kawan barulah katakan...kita masih tak tahu orangnya bagaimana tapi bila kita dah berbual dan beramah mesra barulah datang kemesraan di antara kita semua..makin bertambah-tambahlah bilangan kawan kita mahupun dari alam nyata atau alam maya...biarlah apa orang lain nak cakap janji apa yang kita lakukan tak menyalahi dan buat dengan cara yang betul..


Inilah teman-teman alam maya mama sebagai blogger biasa-biasa ni..jarang berjumpa di alam maya tapi kami sering singgah ke blog masing-masing..jumpa tu memang jarang sekali..mereka semua pun ada blog jadi tak ada masalah ketika bertemu di alam nyatakan..jadi apa pun yang orang lain nak fikir pasal blogger ni kita tinggalkan dan tak perlu fikirkan sangat...janji apa jua yang kita lakukan ini dapat menggembirakan hati dan diri kita sendiri...kali ni mama dapat berjumpa lagi dengan blogger Sis Lin dan Seri Kandi Tanah jauhar...kali terakhir bertemu ketika mama menghadiri jemputan Sis Lin untuk mereviewkan restoren Boat Noodle citenya di sini dan sini....setelah sekian lama kami bertemu kembali...


Bila sesekali dapat berjumpa di alam nyata memang terasa hepi sesangat ...apa taknya selalu hanya dapat komen di blog-blog mereka aja tapi sekarang dapat berjumpa terus di alam nyata...blogger di atas ni tentu kawan-kawan mengenalinyakan...yang ada anak kecik tu adalah blogger Nadia Johari dari Kay Ell dan disebelah kanan pula adalah blogger Sis Lin dari Johor...kalau nak tahu klik jer link blog mereka...


Yang disebelah kiri adalah blogger Lan Careno dengan anak dan isteri beliau...


Blogger Kay Ell Kisah Tatie 




blogger KL CTLiyana isteri blogger Ujang...


Blogger Johor yang baru jumpa blogger Suzlin Azreena Nordin


Blogger Johor Vs Blogger KL bersama-sama dalam satu peristiwa di Legoland...semoga kita semua akan bertemu lagi hendaknya...In sha Allah...


Seorang lagi blogger Johor yang mama baru berjumpa di alam nyata adalah blogger Siti Rohaida Yusof




Blogger dari KL blogger Ujang  dan blogger Yana...semoga ikatan ukhuwah antara kita semua akan tetap berpanjangan sampai bila-bila yer...

p/s sape kata jadi blogger tak bagus...???

Wednesday, September 28, 2016

Wordless Wednesday #647...Mohon Petunjuk MU

ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, September 27, 2016

LEGOLAND : HALLOWEEN PARTY BRICK-OR-TREAT DI LEGOLAND PART 2

ASSALAMUALAIKUM...
Kita sambung part 2 pula yer kawan-kawan semua..Sambil semua media menjamu selera majlis perlancaran party Halloween Brick-0r-Treat kali ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Legoland Resort iaitu Mr.Young Pil Kim..


Setelah majlis dirasmikan maka bermulalah aktiviti yang telah siap diaturkan...salah satunya adalah pertandingan pakaian costume halloween kanan-kanak yang paling menarik...semua kanak-kanak yang hadir berpakaian halloween akan dinilaikan,diberi markah dan akan di pilih sebagai pemenang...


nak pakaikan dak Darwisy costume zombi macam ni memang tak mahulah dia...tengok anak blogger Nannie pakai costume pocong ada kat sebelah tu terus terdiam tak banyak cakap pun...takuttt dak Darwisy...


Comel-comel semua kanak-kanak ini...setiap seorang memperagakan costume pakaian halloween masing-masing..semuanya sporting bersedia bila-bila masa jika diminta untuk berposing...


Barisan kanak-kanak yang menyertai pertandingan costume halloween kali ini...6 orang daripada kanak-kanak ini berjaya ke final costume terbaik...


Pada kanak-kanak yang telah berjaya hadiahnya telah disampaikan oleh Mr.Young Pil Kim  (General Manager Legoland) Mr.Casper Bonavent (Direction Operation) Mr.Foong Shen Ming ( Hotel Director) dan Ms Thila A/P Munusamy ( Sales Marketing Director)


  Dari kiri ketiga Mr.Casper Bonavent ( Direction Operation ) Mr.Young Pil Kim ( General Manager Legoland ) Mr.Foong Shen Ming ( Hotel Director) dan Ms Thila A/P Munusamy (Sales Marketing Director )


Setelah selesai penyampaian hadiah pada pemenang sesi bergambar bersama-sama pula..


inilah persembahan tarian halloween di Castle Stage Lego Kingdom...kalau nak tengok zombi berjoget datanglah ke sini...hantu zombi berjoget beramai-ramai...bermacam-macam costume zombi ada...


sempat juga mama snap gambar dengan staff legoland yang memakai costume ahli sihir ni..staff legoland semuanya sporting terbaikkkk...


Alamakkk !! Terkejut mama bila jumpa dengan zombi-zombi ni...walau terkejut sempat juga snap gambar bersama...


Inilah dia pemenang pakaian costume terbaik...tempat pertama costume hantu pocong dan tempat kedua hantu cina...kedua-duanya adik-beradik,anak yang sporting pada blogger Nannie..tahniah buat adik ini yang telah berjaya yer...walaupun panas dan melompat-lompat sebagai hantu tapi berbaloi jugakan sebab berjaya...


princess zombi..


Banyak aktiviti sepanjang Brick-or-Treat ini..ada beberapa pondok  untuk 'check-point' untuk berjumpa watak-watak halloween untuk melengkapkan tugasan...inilah antara salah satu pondok 'check point' yang ada...bila lengkap ke sepuluh 'check point' kita boleh menebus hadiah edisi terhad halloween...memang enjoy kalau ada anak-anak yang melakukannya sekali...kalau takut jerit jer yer...


Pada kawan-kawan yang ingin ke legoland ada promosi tiket ketika party Halloween Brick Or Treat ini..Hotel Legoland juga ada promosi istimewa pada pengunjung yang ingin menginap di sini dari 16 September 2016 sehingga 31 Oktober 2016..jom kawan-kawan kita ke sini dan jika ingin tahu lebih lanjut bolehlah klik 
atau boleh terus call di no 07-5978888


Monday, September 26, 2016

LEGOLAND ! AKU DATANG MAKAN LAGI

ASSALAMUALAIKUM...

Lepas party halloween Jumaat lepas mama dan family datang lagi ke legoland sebab sayangkan baucer yang diperolehi semalam masih ada lagi..alang-alang ada lagi apa lagi jom la perhabiskan kesemuanya...baucer makan tu masih berbaki dalam rm75...order apa yang sepatutnya yer...dapat juga seorang satu set roti tuna ni...nampak macam kecik bila dah sampai depan mata jenuh juga nak perhabiskan kesemuanya...


Tapi hari tu mama memang sengaja berlapar sebab nak perhabiskan baucer tu..jadi walaupun besar dapat juga mama habiskan kesemuanya...rasa kenyangnya hingga ke malam...licin isi kat dalam pinggan tu...

p/s sesekali dapat makan free apa lagi kn...




Rezeki Dari Iklan Nuffnang Tetap Ada

ASSALAMUALAIKUM...

Walaupun sekarang ni jarang betul nak update blog tapi income tetap masyuk..sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan...sikap malas tu yang sebenarnya membuat blog jadi berserabut..mama nak kena pulihkan semangat berblogging semula nampaknya ni...
Yer la walaupun kurang tapi masih ada juga income dari blog ini...iklan nuffnang tetap ada...ada juga rezeki dari nuffnang...thanks juga kat teman alam maya yang rajin menyinggah ke sini...bagi lagi iklan yer nuffnang..!!


Mekacih Mr.Nuffnang

LEGOLAND : HALLOWEEN BRICK-OR-TREAT PARTY NIGHT PART 1

ASSALAMUALAIKUM....
Biasanya setiap hujung minggu mesti jenjalan bawa Darwisy dan Damia ke legoland tapi kali ni tak jenjalan sangat sebab ikut grandmanya buat kerja sikit..lain kali kita datang kita jelajah lagi yer...banyak juga aktiviti yang ada di sini...

Sebenarnya mama dijemput bersama blogger-blogger yang lain untuk menghadari sambutan perasmian Halloween Brick-Or-Treat Party Night yang diadakan di legoland pada 23Sept hari Jumaat lepas..mama ada bersama dengan 4 orang blogger Johor yang turut hadir sekali...ramai juga media dan blogger dari Kuala Lumpur yang hadir juga...


Banyak juga aktiviti yang diadakan di sini antaranya
-Halloween show
-Brick-Or-Treat Trail : 'Help Us Build the witches magic cauldron'
-Maze Activity 'Lord Vampyres Ballroom
-LEGO Building Activities

Pada yang nak join sekali bolehlah ke legoland 
Selected date : September (16-17, 23-24 and 30 )
                             October (1, 7-8, 14-15, 21-22, 28-29)
        Time : 4Pm - 9Pm (RM 85 Per entry)
                          Lokasi : Legoland Malaysia Resort's Theme Park
Aktiviti : Brick Or Treat Trail
Lokasi : Lego Kingdom 


Inilah group blogger dari Johor yang turut hadir sekali hari tu..sempat juga snap gambar bersama selepas sesi mendaftar...dari kiri adalah blogger Seri Kandi Tanah JauharSis Lin Ida Kisah Si Diary dan Suzlin Azreen Nordin ...jom kekawan kita singgah ke blog mereka dan baca entri dari mereka juga yer...


Cewah macam wartawan la pulak dapat pas media lagi...konon dulu cita-cita nak jadi wartawan tapi tak kesampaian..sekarang dapat jadi blogger pun jadilah dapat juga nama tu sebagai salah seorang media...hahaha nak buat lawak pulak mama ni...tapi walau tak dapat jadi wartawan sekurang-kurangnya dapat juga jadi blogger...boleh juga menulis sesuatu yang baik kat blog mama ni kan...


Okay kita dah sampai ke kawasan Lego Kingdom..jom kita teruskan misi mencari zombi...hahahhahhaa zombi kampung pisang kot...




Sewaktu kami sampai di kawasan Lego Kingdom ini masih belum ramai lagi media yang ada di situ..cuaca ketika ini memang sangat terik dengan pancaran matahari, terlalu dahaga dengan cuaca yang panas tapi alhamdullilah kami disambut dengan senyuman dan huluran air dari staff yang berada di situ...wah !! lega rasanya dapat meneguk air punch yang sedap sangat ketika itu..


Pada yang suka bermain dengan brick lego boleh juga membuat replika pumkin dari lego ini...senang jer nak membuatnya ikut jer satu persatu aturan yang ada ditunjukkan di situ...tapi mama tak sempat nak buat pun hari tu..just snap gambar jer la yer...


Makanan yang disediakan pun memang sedap-sedap dan awesommm semuanya...semuanya ada berbentuk dan ada namanya juga ikut tema halloween..macam-macam nama ada..jom kita tengok kat bawah ni...



Wormy Panna Cotta and Witch Finger Pretzel Rods

sayang hari tu mama tak dapat nak rasa cup kek ni...anak-anak mama cakap memang sedap rasanya...rugilah tak merasainya...


Axed Beef Pastrami With Toxic Mushroom


Bloody Baby Octopus And Black Magic Dust


Creepy Crump Corn Flake Fish Fillet


Vampire Deep Fried Prawn


 Bat Wing


Snooze Spider Blueberry Cheese Cake
Lolly Jack And Lolly Ghost
Mitches Brew Cupcake

Bila part makan ni memang best tapi mama tak dapat nak merasa kesemuanya hari tu..sibuk snap gambar mana yang patut untuk review party halloween ini nanti..tapi tak apa lah janji kerja perlu disettelkan...settel sudah cerita halloween part 1 ni..nanti kita sambung part 2 pula yer kawan-kawan...

p/s bersambung part 2 nanti ...

Saturday, September 24, 2016

JDT Juara Piala Liga Super Kali Ke 3

ASSALAMUALAIKUM...

Tahniah ! Tahniah ! Tahniah buat semua pemain JDT kerana telah menjadi Juara Liga Super 3 kali berturut...permainan yang best telah ditunjukkan dari kesemua pemain pada malam ini sehingga berjaya mendapatkan 5 jaringan gol...bangga sangat rasanya dapat jadi rakyat Negeri Johor...


Ciuman kesyukuran di Piala Liga Super dari anak raja kebanggaan rakyat Johor TMJ...


credit gambar dr Johor Southern Tigers


LUASKAN KUASA MU JDT...