HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Saturday, December 31, 2016

SELAMAT TINGGAL 2016

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT TINGGAL 2016.
2016 meninggalkan seribu kenangan yang mengusik jiwa...tetap akan menjadi memori yang  indah dan akan terus terpahat di dalam hati dan jiwa ku ini...semoga akan terus diberikan semangat untuk terus berblogging...

p/s sedih nak tinggalkan 2016...


Thursday, December 29, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com

ASSALAMUALAIKUM...


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Wednesday, December 28, 2016

Wordless Wednesday #700...ADIK BERADIK

ASSALAMUALAIKUM...



Wordless Wednesday #699...BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

ASSALAMUALAIKUM...

Kad Baru Lagi

ASSALAMUALAIKUM...

Semalam mama ke bank Islam untuk menemankan anak mama untuk membuat kad ATMnya yang baru...ramai juga pelanggan kat bank tu semalam..sampai saja minta borang kat kaunter depan tu dan isikan semua detail di situ...ambil no dan tunggu giliran dipanggil...nasib baik anak mama tidak lama sangat menunggu gilirannya di panggil...




selepas nombor giliran anak mama dipanggil  terus ke kaunter 7 untuk proses kad yang baru...sekejap saja dah siap proses penukaran kad ATM yang baru...kat situ juga proses penukaran no pin dijalankan...senang ! tak payah susah payah nak tukar nombor pin kat mesin ATM lagi...


Wordless Wednesday #698...USAHA PENTING

ASSALAMUALAIKUM...




Wordless Wednesday #697...SABAR DAN SOLAT

ASSALAMUALAIKUM...



Wordless Wednesday #696...JADILAH ORANG

ASSALAMUALAIKUM...

Jadilah Orang 
yang tetap sejuk di tempat panas
tetap manis di tempat yang begitu pahit
tetap merasa kecil meskipun telah menjadi besar
tetap tenang di tengah badai yang paling hebat...



Monday, December 26, 2016

Darwisy !! Esok Nak Sekolah

ASSALAMUALAIKUM...
Dialog antara atok dan cucunya di pagi hari...

Atok : "Darwisy !! Siaplah atok anto pergi sekolah.."
Darwisy : "Tak nak kasut tak ada, beg tak ada lagi....!!.."


memang bising mulut dak Darwisy pagi2 ni..atok dok melayan saja gelagat cucu lelakinya ni...

Atok : "macam mana nak sekolah nanti...jom atok antokan..."

Darwisy : "sekolah cuti..."


Haiii cucunda grandma ni ada saja jawabnya...macam mana nanti bila dah masa nak pergi sekolah...risau juga dibuatnya...mana tahu sampai masa dak Darwisy ni tak nak pergi sekolah pula...kita tengok jee la hari pertama dia ke sekolah nanti..


Hari minggu lepas temankan dak Darwisy pergi cari kasut sekolahnya...jenuh mama Darwisy nak pilih kasut yang sesuai dengan Darwisy...nak pakai pun masa pergi dan balik sekolah jer...dalam sekolah kasut tak perlu dipakai jadi mama Darwisy carikan kasut yang mudah dan senang Darwisy nak pakai dan buka nanti...


mencuba satu persatu kasut yang ada di situ...


Bukan main lagi Darwisy...bersemangat sekali dia mencuba kasut barunya itu..puas hati la tu dapat beli kasut sekolah yang baru...akhirnya dapat juga kasut yang sesuai dengan Darwisy untuk di pakai ke sekolah nanti...


p/s alahai cucunda grandma ni...

Sunday, December 25, 2016

DIY : SALIN KULIT BARU ALMARI LAMA

ASSALAMUALAIKUM....
Sakit mata mama bila tengok almari dapur ni..memang dah lama umurnya tapi masih bertahan lagi...kali ini mama nak diy kan almari dapur ni..tukarkan kulit lamanya dengan yang baru..biar nampak berseri sedikit dari rupa lamanya..mama beli wallpaper ni kat kedai DIY jer...murah sedikit harganya...jom kita kasi solek sedikit almari ni..



tengoklah almari dapur ni..memang dah teruk keadaan permukaannya...buruk sungguh bila melihat keadaannya..sakit mata setiap kali ke dapur...oleh itu memang nak kena buat make over sendiri biar nampak cantik semula...


Oleh itu jomlah kita lakukannya sendiri..beli wallpaper kat kedai DIY jer dan mulakan tampal kat almari tu..buat perlahan-lahan akhirnya siap juga...


Tadaaa inilah dia hasil tampalan sendiri...okaylah rupa almari ini dari yang sebelumnya...puas hati juga dapat buat make over almari dapur mama yang dah lama ini ke rupa yang baru....

p/s dapat buat sendiri lebih puas hati...


Friday, December 23, 2016

#MYTRAVELOKAESCAPADE | PERCUTIAN INDAH MUSIM BUNGA DI KOREA

ASSALAMUALAIKUM...
Baru hari tu mama buat entri yang mama tak dapat teruskan percutian kerana ada masalah lain yang perlu diselesaikan tiba-tiba dapat pula join contest ini...yer la mana tahu ada rezeki mama kali ini dapat bercuti ke tempat yang mama ingin pergi...kalau berjaya memang seronoklah.. tercapailah juga hasrat di hati mama ni kan..sebenarnya mama ingin sangat pergi ke Korea pada musim bunga..teringin sangat nak lihat bunga-bunga mekar yang cantik di sana pada musim bunga..moga adalah rezeki la untuk mama dan family yer..


Mujurlah Traveloka menganjurkan satu contest YOU NEED A HOLIDAY LAH!...banyak hadiah menarik dan yang cukup lumayan sekali..pada kawan-kawan yang ingin bercuti bolehlah layari laman web TRAVELOKA..senang,boleh booking tiket dan hotel sekali...lebih-lebih lagi sekarang ni ada promosi tau... 

Dalam contest ini Traveloka telah menyediakan 10 destinasi luar dan dalam negera...jadi kenalah pilih salah satu tempat destinasi yang ingin dituju..doakan mama berjaya mencapai impian menjejakkan kaki ke bumi Korea K-Pop ini yer...kalau dapat jumpa pelakon drama Korea "Legend Of The Blue Sea" Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun pun best jugakan...wah ! berangan jer la mama ni...In sha Allah kalau berjaya la.....


Jom mama nak kongsikan destinasi yang paling ingin sekali mama nak pergi...kalau berjaya mama ingin ke Korea negara K-Pop tu...sebenarnya banyak tempat yang menarik di Korea ni...tapi mama nak pergi ke tempat yang paling banyak bunga dahulu..nak pergi pun dalam musim bungakan..mesti nak cari tempat yang berbunga dulu..okaylah jom mama senaraikan tempatnya satu persatu dulu yer...tempat yang tak ada bunga pun nak pergi juga bukan tak mahu pergi...rugilah kalau dah sampai ke Korea ni tak singgah ke tempat-tempat yang best di sini...

1-YEOUIDO PARK


Tempat pertama dalam list mama adalah YEOUIDO PARK..dengar cerita pada musim bunga YEOUIDO PARK ini akan dipenuhi dengan bunga-bunga yang cantik...tempat ini menjadi tarikan pabila datangnya musim bunga..kita akan dapat melihat banyak deretan pokok bunga cherry blossom dan sakura di sini..pada musim bunga jugalah di sini diadakan Festival Musim Bunga...seronoknya mama kalau dapat melihat sendiri bunga-bunga Cherry Blossom dan Sakura di sini nanti...nak juga pegang bunga sakura semasa berada di sini...dapat berjalan di sini memang mendamaikan hati rasanya...

2-EVERLAND THEME PARK


EVERLAND PARK ini adalah taman tema terbesar di Korea Selatan..Ianya terletak di Everland Resort di Yongjin sebuah bandar di Gyeonggi..terdapat bermacam-macam jenis bunga yang ditanam di dalam kawasan taman tema ini...taman tema ini kerap dikunjungi dan hampir 7.3juta pelawat setiap tahun dan ianya kini berada di tangga ke 16 dunia..jadi destinasi mama ke sini nanti pasti amat menyeronokkan sekali... 

Dapat melihat bermacam-macam jenis bunga tulip dan juga boleh bermain bermacam-macam jenis permainan di sini...kalau kat Johor ni mama selalu jer masuk ke taman tema Legoland jadi kali ni nak ke Everland Park ini pula...kat legoland tak ada taman bunga seperti yang ada di sini...nak juga lihat dan rasai sendiri apa yang menyeronokkan apabila datang ke sini...pastu nak snap gambar banyak-banyak sebab semua tempat penuh dengan bunga yang berwarna warni...macam ni kenalah sediakan pen drive yang 70 atau 80 GB...

3-OEDO BOTANIA


Oedo Botania ini adalah tempat terakhir pengambaran drama Korea Winter Sonata...tempatnya memang menarik sekali...kalau dah sampai ke Korea memang rugi tak datang ke sini sekali...pemandangan yang cantik dan menarik bila berada di sini...bolehlah snap gambar banyak-banyak nanti untuk simpanan sendiri...

4- GYEONGBOKGUNG PALACE   


 GYEONGBOKGUNG juga dikenali sebagai ISTANA GYEONGBOKGUNG atau GYEONGBOKGUNG PLACE ianya merupakan istana utama Dinasti Joseon...Istana ini telah dibina pada tahun 1395 dan terletak di Utara Seoul Korea Selatan..memang cantik senireka bentuk bangunan istana ini..biasanya mama dapat lihat istana begini di dalam drama Epik Korea di tv saja...tapi kalau dapat ke Korea maka tercapailah hajat nak tengok istana ini di depan mata sendiri..
             
5-NAMI ISLAND


Nami Island. Wah !! nak juga ke sini sebab nak lihat tempat yang menarik semasa pengambaran drama Winter Sonata dulu...tapi masa pengambaran drama Winter Sonata dulu Pulau Nami ni semuanya dalam keadaan bersalji...tapi kalau musim bunga macam mana pula pemandangannyakan..mungkin macam kat belakang gambar tu kot..mama nak juga sampai ke sini nanti...nak lihat sendiri keindahan Pulau Nami ni...

7-NAMDAEMUN MARKET



Kalau dah dapat berjalan ke Korea mesti nak bawa balik buah tangan ke Malaysia untuk kawan dan saudara di Malaysia...jadi tempat yang paling best nak shopping adalah di Namdaemun Market ni..di sini bermacam-macam barangan cenderhati,baju,kain,kerongsang dan bermacam-macam lagi semuanya ada...memang best kalau dapat ke sini untuk bershopping...kalau kat Kuala Lumpur macam Petaling Streetlah juga keadaannya...tapi kalau nak shopping tu kenalah pandai-pandai memilih barangan yang ada dijual disana yer...kalau dah sampai ke sini nanti mesti rambang mata dibuatnya...

Namdaemun Market ini adalah pasar tradisional yang terbesar di Seoul Korea Selatan..Pasar ini terletak bersebelahan dengan Namdaemun "Selatan Gate Great" yang merupakan pintu utama selatan ke bandar lama..Ianya adalah pasar yang tertua dan terbesar di Korea..mesti seronok agaknya dapat jenjalan di sekitar Namdaemun Market ni...boleh cuci mata dan bershopping di sini...

8-RESTOREN MAKANAN HALAL


Kalau dah pergi bercuti di tempat yang asing memang kena cari restoren yang halal untuk kita menjamu selera..nak juga rasa makanan halal kat Korea ni..kimchii,bibimbap,tuna kimbap,tteokbokki,japchae,ramyeon,bulgogi...dah banyak nama makanan Korea ni.. semuanya nak rasa..jadi kenalah cari restoren yang sememangnya betul-betul halal yer..memang terdapat banyak restoren yang menjual makanan halal di Korea ni...kebanyakkan restoren yang menjual makanan halal banyak terletak di Itewon..di Itewon ini memang sudah terkenal dengan kawasan yang mempunyai banyak restoren yang menjual makanan halalnya...jalan-jalan cari makan la bila perut lapar kan...

Memang banyak list tempat yang mama nak pergi ni...tapi tak tahulah dapat pergi kesemuanya ke tidak...tak apalah alang-alang dah ada #MYTRAVELOKAESCAPADE yang menaja..oleh itu haruslah pergi juga biar puas hati dapat ke semua tempat..
jom kita bercuti !! pilih saja ke mana destinasi yang ingin dijelajahi..
Okay la...Selamat Bercuti Semua..!!

sumber gambar di atas mama kreditkan ke Mr.Google yer..

Thursday, December 22, 2016

7 Hari MencintaiKu Jadi Hangat

ASSALAMUALAIKUM...
Gara-gara drama 7Hari Mencintaiku ini dah jadi viral...maka kat rumah ni pun dah jadi viral juga...tak sangka hubby yang jarang tengok tv dah jadi suka sangat dengan drama ini...bila tanya semua jalan ceritanya hubby tahu aja...sejak bila la hubby mama ni dah mula suka drama cintan-cintan macam ni...tak apa la aleast romantik baliklah jiwa hubby mama ni...biarlah bagi hubby hepi juga...

Semakin hangatlah jalan cerita drama ni...ingatkan petang semalam last episodnya tapi rupa-rupanya ada lagi 1 episodnya petang ni rupanya...hubby pula yang jadi frust semalam sebab Mia Adriana tak balik...Khuzairi hanya dapat kotak cincinnya saja...tapi rasanya isi dalam kotak tu sudah semestinya kosong kot...nak buat ending ceritanya macam suspen sedikit agaknya ni...biasanya cerita dari producer Ziela Jalil ni sememang ada suspen sedikit lastnya..tapi tak apalah kita tunggu petang ni last episodnyakan...moga ending cerita ni best dan menggembirakan semuanya...



p/s ending jangan sedih sudahlah..mesti penonton rasa frust nanti...

Wednesday, December 21, 2016

Wordless Wednesday #695...Forever Friend

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday #694...Life goes on...

ASSALAMUALAIKUM...

Wordless Wednesday #693...Istiqomah

ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, December 20, 2016

Alahai Cucunda Grandma Dah Besar

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni Darwisy pi sekolah nak ambil baju baru untuk sekolah tadikanya..sekejap jer cucunda grandma ni dah besar..dah nak sekolah dah rupa-rupanya...seronok dak Darwisy ni bila nak pi sekolah...



Cikgu kelas sedang pilihkan saiz baju sekolah Darwisy...saiz pun ambil yang besar XXL sebab saiz kecil tak muat...


cuba baju yang saiz XL pun tak muat jadi terpaksalah ambil yang saiz besar...


Belum masuk dah nak join sekali dengan kawan-kawan yang ada di sekolah tu tadi...amboii Darwisy leka tengok kakak dan abang bermain yer...


Balik rumah kena test sekali lagi depan grandma dan atok...malu-malu pulak tu bila dah pakai uniform sekolah tu...lepas ni kenalah cari kasut dan beg sekolah pula yer...


p/s cucunda grandma dah nak sekolah yer...

PERKAMPUNGAN FILEM ''HOBBIT'' DAN ''LORD OF THE RING''

ASSALAMUALAIKUM....

Pada kawan-kawan yang pernah menonton cerita "HOBBIT" pasti kenal dengan rumah-rumah yang ada di bawah ini...inilah tempat pengambaran filem cerita Hobbit ini...kawasan ini diberi nama dengan nama "THE SHIRE"..rumah kecil di perkampungan orang-orang kerdil hobbit ini...kalau menonton cerita ini memang menarik sangat...teringat pulak watak-watak dalam cerita HOBBIT ini seperti  FRODO,SAM dan GANDALF...

Inilah kawasan pengambaran filem "HOBBIT" dan "LORD OF THE RING"..kawasan ini sebenarnya terletak di MATAMATA NEW ZEALAND...bestnya kalau dapat jenjalan ke sini..mesti menarik dengan pemandangan yang indahnya di sini...In sha Allah kalau ada ongkosnya ke mana-mana pun kita boleh pergikan...






Monday, December 19, 2016

RESEPI KUAH TOM YAM STEAMBOAT SIMPLE ...JOM KITA BERSTEAMBOAT

ASSALAMUALAIKUM...
Hari-hari makan nasi jemu jugakan..apa kata kali ni kita bersteamboat pulak..wah!!memang sedap dapat layan steamboat..kali ini kat rumah pulak tu...siap-siap sediakan bahan-bahannya dulu...kuahnya mama buat ikut kesukaan anak-anak...dah request pun nak kuah tom yam...


Siap semua bahan panaskan kuah tom yam dan celupkan bahan-bahan yang disukai...buat kat rumah kita sendiri ini..semua bahan boleh letak..nak letak bahan apa yang kita suka terpulang pada semua..kat rumah ni terasa keselesaan dan kemeriahannya bersantai bersama family...sambil borak-borak,gelak-gelak ikut suka jer...kalau kat kedai tu kenalah kawal sikit tata tertibnyakan...

Bahan-bahan untuk kuah tom yamnya...
-perisa tom yam (kalau pes yang pedas lagi best)
-bawang putih
-serai
-sedikit minyak bijan
-garam n serbuk perasa

Cara membuatnya..
-Panaskan sedikit minyak zaitun/biasa...tumiskan bawang putih...ikut suka nak hiris boleh nak hancurkan pun boleh...
-Biar sedikit garing pastu masukkan air..letakkan pes perisa tom yam ke dalam kuah tu secukup rasa dan pekatnya...bubuh garam dan serbuk perasa secukupnya...tambahkan sedikit minyak bijan dan biarkan kuah mendidih...
-Biarkan mendidih...bila dah siap bolehlah masukkan bahan-bahan untuk steamboat tu...kuah perisa tom yam siap untuk dimakan bersama bahan-bahanya...
selamat menjamu selera semua...


Sunday, December 18, 2016

HUJUNG MINGGU BERJIMBA BERSAMA FAMILY

ASSALAMUALAIKUM...
Bila cuti hujung minggu ada saja tempat nak bawa cucunda grandma berdua ni jenjalan...kali ni kami sekeluarga bawa Darwisy dan Damia jenjalan ke Aeon Kulai...sempat berposing di situ...



 posing bersama-sama cucunda kesayangan grandma ni...


Darwisy,grandma,atok dan Damia posing bersama-sama...


Sempat bermain sekejap di playground yang ada di Aeon Mall ni...Darwisy ni sempat pulak peluk patung Hello Kitty kat belakang tu..Hello Kitty tu kan color pink memang seronoklah dia...


Damia hepi sangat dapat jenjalan yer...



seronok rasanya di hati grandma dapat tengok cucunda berdua ni membesar di depan mata..sekejap jer masa berlalu..dah besar cucunda grandma berdua ni...semoga akan terus membesar menjadi anak yang soleh dan solehah yer...

p/s cucunda kesayangan grandma...

AKTIVITI PAGI MINGGU

ASSALAMUALAIKUM...
Aktiviti hubby pagi ini ditemani oleh menantunya adalah aktiviti memetik buah kelapa muda...pokok kelapa tu ada kat depan rumah jer...bila teringin nak minum air kelapa muda suruh jer hubby jolokkan...sedap pulak dapat minum air kelapa muda pagi2 ni...isi kelapanya pun sedap lembut lagi...dak Darwisy ni memang suka join aktiviti macam ni...dapat angkat buah kelapa pun dah kira okay la tu..






proses mengopek buah kelapa muda tu pula...
bersila hubby kat situ...