20 August 2017

FOOD FIESTA OUTDOOR CARPARK

August 20, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

🗓 25th - 27th August 2017 (Jumaat - Ahad)
⏰ 10.00 Pagi - 10.00 Malam 
📍Outdoor Carpark (Tesco Tebrau) 
☎️ 011 - 1081 0408 (Sha) / 011 - 1069 9818 (Taufiq) 

Event oleh Parkmayafest by Ts Chenta Event , TS Chenta Event Enterprise

Instagram [@parkmayafest] 

Lihat link ni, 

Ikuti [@johorevent] di Twitter & Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini event sekitar Johor 

#JohorEventAugust #FoodFiesta



ADA SAJA YANG DIBAWA BALIK

August 20, 2017 1 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Ada juga yang dibawa balik...satu persatu barang yang ada promosi hubby beli...mama ikutkan jer...benda nak guna memang mama tak kisah pun kalau hubby nak beli...sebenarnya kipas kat bilik solat mama dah rosak  jadi terpaksalah cari yang baru...kebetulan kat Pasaraya Tesco ni ada promosi barangan elektrik jadi beli jer la sementara ada harga murah ni...


Beli kipas berdiri yang baru..ada promosi barangan elektrik hanya RM98 jee...


p/s beli barang untuk keperluan rumah...

LYROY BRIYANI KUKUS & MEE REBUS GEARBOX

August 20, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Tengah merancang nak meredah kahwin jiran tapi anda tak dijemput? Tak payah la sampai gitu sekali! Pegi je Lyroy Briyani Kukus & Mee Rebus Gearbox dengan hidangan Nasi Briyani Kambing dan Mee Rebus Gearbox yang kesedapannya mampu menggeletek tekak anda hingga ke perut anda. Haha! Selamat menjamu selera bak raja sehari!
📍No. 7, Jalan Rumbia 84, 81100 Taman Daya, Johor Bahru 
🚗 Jalan Rumbia 84, Taman Daya (Waze) 
🚩Berdekatan dengan Sekolah Agama Taman Daya 
10.00 Pagi - 7.00 Malam (Setiap hari kecuali Jumaat) 
 016 - 707 0704 (Fir) / 016 - 707 0703 (Elia)

Facebook Page : 
Instagram [@lyroycanopycatering]

*Lyroy Briyani Kukus & Mee Rebus Gearbox juga menyediakan catering untuk Majlis Perkahwinan, Majlis Keramaian & lain lain majlis juga






PINGAT EMAS BOLA JARING | TAHNIAH MALAYSIA

August 20, 2017 0 Comments

ASSALAMUALAIKUM....

Layan final bola jaring petang ni..memang menyeronokkan melihat permainan Malaysia yang sangat memberansangkan dan cukup mantap...akhinya team Malaysia berjaya juga memenangi pingat emas dalam acara bola jaring ini...akhirnya penantian selama 16tahun untuk mendapat kembali pingat emas ini berjaya juga akhirnya...

Majlis penyampaian hadiah dari PM Malaysia untuk semua yang berjaya...


Tahniah Malaysia !!

p/s bestnya tengok team bola jaring Malaysia ni...

DIY | SARUNG BANTAL DARWISY DAN DAMIA

August 20, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Mama Darwisy datang ke rumah dulu semalam dan bawa kain baru nak suruh grandma buatkan sarung bantal baru untuk Darwisy dan Damia...


Mulalah mama menjalankan proses menjahit sarung bantal si kecik ni...warna pun sweet jer...Color dan corak semuanya pillihan Darwisy sendiri...semakin pandai memilih budak lelaki sorang ni...color pink tetap jadi pilhan pertama Darwisy...


Mama jahir simple jer...potong kain dan jahitkan sebelah tepi kiri kanan..jahitkan sebelah dalam kain dulu dan selepas tu terbalik kan jer...


Bila dah siap jahit terbalikkan keluar sarung bantal tu...dah pun nampak rupa sarung bantal tu...


Akhirnya siap juga sarung bantal si kecik Darwisy dan Damia...dah boleh sarungkan kat bantalnya nanti...dapat 2 sarung bantal Darwisy dan 2 sarung bantal Damia...tambahan untuk Damia ada 2 sarung bantal peluk kecik untuknya...

p/s semuanya buat untuk cucunda grandma ...

BANK BEGARA MALAYSIA | SYILING KL2017

August 20, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM....

BANK NEGARA MALAYSIA KELUARKAN SYILING KL2017

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena penganjuran sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 yang akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2017 ini..

Duit syiling peringatan itu dikeluarkan dalam dua spesifikasi iaitu syiling perak berwarna (PRUF) yang diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 seberat 31.10gram setiap keping,bernilai muka RM10 dan dijual pada harga RM230 sekeping dan syiling emas Nordic dengan nilai muka RM1 dan dijual dengan harga RM10 sekeping.


INSKEN | STRATEGI PENINGKATAN SKALA BISNES

August 20, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

INSKEN 

Outreach *Strategi Peningkatan Skala Bisnes*

Program kolaborasi antara INSKEN & EDC Of Johor. Bertujuan untuk membantu untuk meningkatkan skala bisnes mereka.

Tarikh : 24 Ogos 2017
Tempat : The Katerina Hotel, Batu Pahat Johor
Masa : 7.30 am - 5.30 pm

- Forum Interaktif dari Teraju dan EDC of Johor
- Biskaunselor INSKEN

Penampilan ikon bisnes - Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman (pengasas produk kecantikan & kesihatan D’herbs Healthy Sdn. Bhd)

Deep Dive : Strategi Pemasaran dari : pengasas sifuFBAds Sdn. Bhd.
pengasas nurayssa Global Sdn. Bhd.
Noorain Beauty Sdn. Bhd.

Untuk medaftar & maklumat lanjut :

Whatsapp atau sms ke

019 790 0599 (Puan Shikin) / 018 383 6877 (Puan Norraidah) / 013 767 4662 (Puan Izzati)

10 HEALTH BENEFITS OF OKRA/LADY FINGER

August 20, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
10 HEALTH BENEFITS OF OKRA /LADY FINGER

1-BENEFITS FOR ALL IBS ISSUES
2-PROTECT S FROM STOMACH ULCERS
3-ASSISTS RESPIRATORY PROBLEM
4-IMPROVES HEART HEALTH
5-PROMOTES HEALTHY SKIN
6-REGULATED BLOOD SUGAR
7-GREAT FOR WEIGHT LOSS
8-RICH IN AMINO ACIDS
9-HEALTHY PREGNANCY
10-PREVENTS ANAEMIA

SARAPAN PAGI INI

August 20, 2017 3 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Rutin pagi minggu hantar anak pergi kerja...singgah minum pagi di Food Court Pasaraya Tesco...hubby order lontong.mama tak order pun hanya minta sedikit lontong hubby...

Kali ni tayang mangkuk lontong yang dah habis jer...hubby makan terus tak done nak ambil gambarnya..

mama sarapan yogurt jer pagi ni...menu sihat hahaha...selamat pagi minggu semua...

19 August 2017

SULAWESI CUISINE

August 19, 2017 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Salah Satu Port Makanan Indonesia Terbaik Di Johor Bahru Yang Patut Korang Cuba...👇👇👇
Dengan Harga Serendah Rm11.90 seorang...Juga diistimewakan dengan pakej romantika untuk 2 orang serta big famili untuk 5 orang. Ternyata menu disini sungguh menggiurkan tekak anda .
Antara Menu Yang Sungguh Lazat dan Sedap :
 Ikan Kudu Kudu Fillet Saos Mangga 
 Cumi Cabe Ijo
 Terong Bakar Pedas Manis
 Ikan Baronang Bakar 2 Rasa
 Udang Telor Abon

Harga Pakej
Pakej 1 : Set A Rm 11.90 / Set B Rm12.90 / Set C Rm 14.90 / Set D Rm 15.90.
Pakej 2 : Set A Rm 46.90 / Set B Rm55.90 / Set C Rm62.90.
Pakej 5 : Set A/B/C Rm138

🏬No. 55, Jalan Austin Heights 8/8, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru 
🌍[Waze] Sulawesi Cuisine 
📌Berdekatan dengan AIA Taman Mount Austin 
016 - 775 8252 / 07 - 361 0907 
11.00 Pagi - 10.00 Malam (Setiap Hari)

Disini juga ada tempat solat serta ruang untuk Majlis Keramaian seperti Besday Party...
Ape lagi... Jom serbu port baik nie....




BAZAREVO 29TH ARCHITECTURAL WORKSHOP

August 19, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Festival bengkel senibina kali ke-29 anjuran kelab architech UTM yang lama ditunggu- tunggu telah tiba. Jemput semua hadir untuk berkongsi kegembiraan bersama.

[BAZAREVO 29th ARCHITECTURAL WORKSHOP]
tarikh : 19- 22 august 2017
tempat : b11 carpark, fakulti alam bina UTM, Skudai, Johor

Yaa!! 
Ini boleh menjadi acara terbesar anda. Jangan terlepas peluang untuk bertemu dan menyambut idola kegemaran anda dan nikmati makanan tempatan Johor sambil menghiburkan diri dengan persembahan "busking" dan bermacam lagi!!!. Jadi lah sebahagian daripada BAZAREVO hari ini dan mari datang beramai2

18 August 2017

KEMBARA DAKWAH JDT OGOS 2017

August 18, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

KHAMIS 17 OGOS 2017
KULIAH MAGHRIB MASJID AN-NUR
KAMPUNG SRI DUYUNG
SERI MEDAN BATU PAHAT.

JUMAAT 18 OGOS 2017
TALAQQI KITAB BULANAN (13)
8PAGI-8 MALAM
DEWAN MASJID JAME' BANDAR KLUANG
PENDAFTARAN HUBUNGI
017-7200545
KULIAH MAGHRIB: "SOAL JAWAB"
MASJID BANDAR BARU UDA JOHOR BAHRU

SABTU 19 OGOS 2017
KULIAH SUBUH 
MASJID AN-NUR 
TAMAN CENDANA 
PASIR GUDANG.

KULIAH DHUHA
SURAU AL-BARAKH
TAMAN MAWAR PASIR GUDANG.

SABTU 26 OGOS 2017
KULIAH MAGHRIB : "SOAL JAWAB"
MADRASAH IBNU MAS'UD
SEGAMAT.

AHAD 27 OGOS 2017
KULIAH SUBUH
MASJID BUKIT SIPUT
SEGAMAT.

KULIAH DHUHA
"SEMAK SEBELUM SEBAR"
9AM-11AM
MASJID BANDAR IOI SEGAMAT
ANJURAN PEJABAT KADI SEGAMAT.



ALHAMDULLILAH ! SELESAI JUGA MAJLIS MERISIK

August 18, 2017 5 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdullilah ! selesai juga majlis merisik kecil-kecilan anak dara mama yang kedua ni...hanya ibubapa wakil lelaki dan mama dan hubby serta family..perbincangan kedua belah pihak berjalan dengan begitu mudah sekali dan mencapai persetujuan bersama..kami sepakat majlis bertunangnya akan dibuat sebelum majlis akad nikahnya nanti...majlis kendurinya akan diadakan pada 18.8.2018 pada tahun hadapan..In sha Allah semoga jodoh ini akan diberkati hendaknya aamiin..

Bakal mentua menyarungkn cincin risik...

Alhamdullilah ! selesai juga majlis...semoga jodoh anakanda mama ni kekal hingga ke jannah hendaknya....aamiin..

p/s bakal terima menantu ke dua...