ASSALAMUALAIKUM...
Aktiviti setiap hujung minggu kami sekeluarga bawa Darwisy dan Damia keluar jenjalan...kali ni kami ke Aeon Bukit Indah...ramai pengujung warga chinese atau tionghua bershopping di sini..tak lama lagikan mereka nak sambut perayaan tahun baru...jadi semuanya sibuk dengan segala persiapan untuk perayaan itu nanti...


sempat juga dak Darwisy ni berposing kat sini...color baju Darwisy dah sama pula dengan gambar chicken kat belakang tu...


pemandangan dari atas tingkat 3 Aeon Mall ni...warna kebiasaan untuk Chinese New Year semuanya merah...merah itu menawan hati...


ada banyak promosi harga semua barangan di Aeon Mall..biasalah kalau nak ada perayaan begini la ! memang banyak promosi harga yang diadakan...kena sediakan duit jer la...kali ni kita tengok warga cina pula yang bershopping jer yer... 


Tengoklah si kecik Damia tu ! seronok dapat berjalan..semenjak dah dapat kaki ni ! asyik nak berjalan sendiri saja budak ni...dah kurang sangat nak duduk dalam stroller dan troli...kalau tidur jer baru boleh letak dalam stroller...dah semakin membesar cucunda grandma ni sekarang...


Kebiasaan la ! kalau nak tahun baru cina bunga ni mesti ada dijual...cantik dan menarik bila tengok pokok-pokok ni...kemestian yang ada bila nak tahun baru cinakan...memang nampak segar dan menarik pokok-pokok ni...


Ni kerja budak kecik 2 orang ni yer ! Kalau dah masuk kedai Toy's Rus Kid ni memang seronoklah dia...macam-macamlah yang dibeleknya...semua mainan dicuba dan diusiknya...saja mama dan papa Darwisy Damia bagi kedua-duanya happy bila berada di sini...biar puas hati bermain walaupun tak ada yang berkenan hendak dibeli...


Lagi seronok la Damia ni ! kalau dapat naik permainan ini memang lama la jawabnya...kalau tak bagi main memang tak puas hatilah...jadi mama Damia bagi Damia main sepuas-puasnya dulu.. bila dah puas hati baru boleh gerak ke tempat lain pula...

p/s bersama cucunda tersayang buat hati gembira...