ASSALAMUALAIKUM...
Nak buang !! Sayangnya nak buang...ada sentimental value ni...dulu nak dapatkan memang susah rasanya...masa tu baru kawin jadi beli sedikit-sedikit barangan elektrik untuk bahagian dapur ni..peti ais inilah yang mula-mula dibeli...sebab dah tak larat nak beli lauk basah setiap hari..senangkan masa tu ! dah boleh nak letak stok lauk basah dalam peti ais ni...

Sebenarnya peti ais mama ni dah berusia awal setahun dari umur anak mama yang sulung tu..kiranya dah 31tahun umur peti ais ni...memang banyak kenangan manisnya...masih elok fungsinya tapi gasnya yang dah tiada..nak bawa pi kedai malas la rasanya..jadi dari dibiarkan terbiar mama diykan dia jadi almari simpanan stok barangan dapur jer....


Inilah peti ais lama mama yang dah lama usianya...jenama toshiba dan body luarannya masih elok lagi..dulu peti ais ni berwarna hijau tapi hubby dah catkan dengan color lain...kali ni nak catkan semula dengan color putih juga sama macam almari lama mama tu..biar semuanya sama color berwarna putih...


Inilah bahagian dalamnya masih elok walaupun sudah berusia puluhan tahun...awet muda betul peti ais ni...mama letakkan stok barangan yang perlu di dalam peti ais lama ni...


Semuanya ada botol cuka,kicap,madu,minyak zaitun,sos tiram...bahan buat kek pun ada sekali...semuanya mama letakkan di dalam peti ais lama ni...kiranya macam tempat letak stok barangan keperluan harian..


gula pasir,asam jawa,tepung gandum semuanya mama masukkan kesini...dalam botol tu mama letakkan stok rempah-rempah untuk kegunaan mama...

Macam mana kawan-kawan ! dah dapat idea tak..? kalau ada peti ais lama tu janganlah dibuang tau gunakan semula jer..jimat sedikit dari beli almari yang baru tu...


p/s barangan lama jgn dibuang jika masih elok lg...