ASSALAMUALAIKUM..
Hari ni grandma teman hubby ke klinik untuk ambil stok ubat hubby...dah sampai ke klinik hubby pergi ke kaunter ubat mama terus naik ke tingkat atas Klinik Pergigian ni..sebab nak tampal gigi grandma yang dah berlubang ni...sebelum ianya melarat dengan lebih besar lagi baik pergi tampal awal...jenuh jugalah menunggu nak sampai ke turn grandma ni...walaupun nampak tak ramai tapi setiap pesakit itu memerlukan masa yang lama untuk setiap satu treatment yang dilakukan...


Terpaksa jugalah menunggu turn grandma...dah sampai turn jumpa doktor ! bagitahu masalah gigi mama ni...doktor pun membuat tampalan sementara untuk 2 minggu kalau bekas tampalan sementara ni tak sakit boleh datang semula 2 minggu akan datang untuk buat tampalan kekal...baru rasa okay sikit bila dah ditampal ! kalau tidak mesti kerap terasa lidah grandma ni kat tempat gigi yang berlubang tu...


Bila dalam perjalanan menghala balik , hubby terus mengajak mama ke nusery..cadangnya nak survey jer pokok-pokok yang boleh tanam di dalam pasu...tapi tengoklah bukan survey jer tapi beli terus...kebetulan harga tanah dan pokok kat sini lebih murah , tu yang hubby beli terus...beli tanah 3peket rm5 tapi kalau beli rm10 dapat free satu peket...seronoklah hubby dapat free sepeket tanah lagi....


Bila dah beli tanah pokok kena cari juga...akhirnya hubby beli juga anak pokok limau kasturi dan pokok buah kedondong..tokey tu kata pokok buah kedondong ni lagi 4 bulan ianya akan berbuah...wah ! lagi seronoklah hubby mendengarnya...nak tengok juga katanya kalau berbuah nanti alhamdullilah la...dah boleh dapat hasilnya...

p/s mendapat hasilnya akan menjadi satu keseronokan bila berbudi pada tanah ni...