ASSALAMUALAIKUM...
Pada 4 March 2017 yang lalu kami dari team JDTBlogger telah mengadakan satu "Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim" di Kluang Johor...baru sempat nak post entrinya...


Pagi Sabtu mama ke Kluang bersama hubby dan anak-anak mama sekeluarga...satu pengalaman yang tak pernah dijangkakan dapat bertemu dengan anak-anak yatim di sini...


Persiapan semua ini telah dibuat awal sehari oleh ahli-ahli JDT Blogger yang datang awal sehari...tahniah buat mereka kerana sanggup meluangkan masa sampai awal ke Kluang...Kami bermula dari dewan Ikhlas ini untuk majlis suai kenal bersama anak-anak yatim di sini...


Sesi yang sangat menggembirakan hati kami team JDT blogger kerana dapat berkenalan dengan anak-anak yatim yang tinggal di sini...Sesi suai kenal kami bermula dan majlis dijalankan dalam keadaan tenang dan semuanya gembira...


Barisan anak-anak yatim puteri leka mendengar celoteh dari emcee kami team JDT Blogger Cik Nurul yang sporting


Sesi suai kenal antara team JDT blogger Mialiana dengan anak-anak yatim puteri...penerangan yang cukup berkesan buat anak-anak yatim ni...


Inilah emcee kami yang comel dan sporting Cik Nurul Rosli..


Masing-masing leka mendengar penerangan team kami tentang kegunaan blog di masa sekarang dan akan datang..


Barisan anak-anak yatim putera yang ada di sini...sporting dan peramah mereka ni semua...




Sesi bergambar sebelum aktiviti gotong royong dilakukan...semuanya kelihatan sungguh sporting sekali..


pembahagian group untuk semua anak-anak sebelum aktiviti gotong royong bermula...


sibuk semuanya...sedang bahagi-bahagikan kerja...setiap orang ada tugas yang perlu dilakukan..


Tolong menolong dalam melakukan kerja gotong royong kali ini...seronok tengok anak-anak yatim ini semuanya rajin membuat kerja yang telah ditugaskan...


Rajin sungguh sikecik ni menolong membersihkan kawasan tangga asrama ini...






Pasangan mama dalam group kami Julia Helmi...sama-sama membantu antara satu sama lain...


 Kenangan semasa berkunjung ke sini memang sukar untuk dilupakan bagi kami team JDT Blogger ini...besar ertinya bagi anak-anak yang berada di sini bila kami semua berada di sana bersama mereka bergotong royong melakukan kerja ini bersama-sama..jelas terpapar  wajah-wajah keseronokan mereka...


p/s tunggu entri seterusnya yer...