ASSALAMUALAIKUM..
Sejuk-sejuk ni lapar jer la perut ni...pada korang yang tak ada idea nak masak mama nak tunjukkan resepi kampung jer ni tapi sedapnya...kalau da sambal belacan dan ikan masin memang mengancam la..jomlah kuta tengok resepinya....



Bahan-bahan yang diperlukan...
pucuk ubi
cili api,santan
asam keping, kunyit serbuk
udang kering
bawang merah
garam, serbuk perasa

Cara memasaknya..
1-Pucuk ubi direbus dahulu yer..ambil cili api, udang kering dan bawang merah di tumbuk atau diblander halus.
2-Masukkan santan cair,sedikit serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk..biarkan sebentar kemudian masukkan pucuk ubi yang telah direbus tadi...
3-Masukkan santan pekat,asam keping..letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya..biarkan kuah mendidih sekejap...dah siap bolehlah tutup api dan bolehlah dihidangkan...lebih sedap kalau letak petai juga...
selamat mencuba korang..

Entri Berkaitan Masak Lemak..


p/s sedapnya kalau ada petai...