ASSALAMUALAIKUM...

Menu yang jadi kegemaran anak-anak dan hubby...bila cuti jer mesti nak menu asam pedas ikan pari ni...korang suka tak menu asampedas ni...kalau suka jom la kita tengok resepi mudah dari mama ni yer....

Bahan-bahan...
ikan pari,daun kesum
kunyit hidup.halia,lada hitam
air asam jawa,cili kisar
garam,serbuk perasa,minyak

Cara-cara memasaknya...
1-Basuh ikan pari dan rendam dulu dalam air asam jawa...tujuan direndam dalam air asam jawa adalah untuk menghilangkan hanyir ikan pari tu..
2-Ambil cili kisar (cili kering,bawang merah,bawang putih dan belacan)...ambil halia,kunyit hidup dan lada hitam tumbuk hingga lumat... 
3-Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar dan bahan-bahan yang telah ditumbuk halus tadi...biarkan hingga naik bau dan garing cilinya...kacau selalu jangan sampai hangus...
4-Bila cili dah terbit minyak bolehlah dimasukkan air asam jawa..ikut banyak mana yang diperlukan kuahnya...
5-Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...ambil ikan yang telah direndam dengan air asam jawa tadi dan cuci...selepas tu masukkan ikan pari ke dalam kuah asam pedas...biarkan ikan masak...last sekali masukkan daun kesum...
6-Bila dah masak bolehlah dihidangkan bersama nasi panas..selamat mencuba yer kawan-kawan semua...

Entri Asam Pedas Lain..