ASSALAMUALAIKUM....


Sebagai tanda sokongan kepada bulan kesedaran Autisme di bulan April, saya nak kongsi satu e-book penulisan dari seorang ibu tunggal yang mempunyai anak istimewa.
“Pengalaman ibu, guru, keluarga dan masyarakat yang menghadapi kekeliruan terhadap anak yang mempunyai kelainan berbanding anak normal. Anak berusia 6 tahun dan mempunyai tiga kelainan seperti SPD (Sensory Processing Disorder), Dyslexia dan ciri-ciri Autisme peringkat IQ Tinggi. Ditambah lagi diagnos Doktor & OT (Occoputional Theraphy) mengesahkan ada kesan traumatik atas anak ini selepas kematian mengejut bapa pada  umurnya 3 tahun. Buku ini memberi pendedahan kisah benar bagaimana seorang ibu tunggal berjuang meneruskan kehidupan sehingga ciri-ciri kelainan anak tidak dapat dikesan awal kerana kesibukan mencari rezeki dan anak kelihatan membesar normal seperti kanak-kanak lain sebayanya.

Buku ini juga padat dengan maklumat asas tentang kelainan ini, Apa itu SPD, Dyslexia & Mild Autisme peringkat IQ Tinggi, Tips pendidikan anak istimewa, Rawatan moden, Rawatan syifa, Tanda awal & Teknik mengesan, Gajet; Teknologi yang membantu atau merosakkan dan Punca yang menyebabkan anak kelainan upaya . Saya juga sertakan aplikasi tindakan dan contoh lembaran kerja yang saya gunakan untuk membantu anak.

Di Malaysia, buku ilmiah yang berkaitan kelainan ini sangat kurang di pasaran dan saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman sebenar bagaimana saya melalui situasi ini,”- Emycakes Lovette
Bagaimana Untuk Mendapatkan E-book Ini?
Anda berminat untuk mendapatkan ilmu tambahan tentang kelainan ini? Jom isi form di SINI. E-book ini berharga RM50. Pihak admin akan menghubungi anda sejurus anda mengisi form.
Isi Kandungan Buku Anak Anugerah & Ujian
Cara mengesan kelainan anak Normal : Disleksia & Sensory Processing Disorder (SPD)
  1. Dari hati
  2. Apa itu Sensory Processing Disorder (SPD) & Disleksia
  3. Tanda Awal dan Teknik mengesan kelainan anak
    • 7 tingkah laku normal yang menutup diagnosis awal SPD
    • Ciri-ciri atau tanda awal kelainan
    • Teknik mengesan kelainan anak
  4. Punca anak kelainan upaya
  5. Gajet : Teknologi yang membantu atau merosakkan anak.
  6. Pendidikan anak Istimewa
    • Pendidikan Awal dari Rumah (Sistem kekeluargaan)
    • Pendidikan pra-sekolah
  7. Rawatan
    • Rawatan Moden
      • Pakar Perkembangan Kanak-kanak
      • Occupational Therapy
      • Kelas membaca menggunakan sistem Fonik
      • Aktiviti luar : Martial Arts, Kelas renang, Menunggang kuda & memanah
      • Jenis-jenis Terapi lain
        • Terapi Visual
        • Terapi bercakap & bahasa
        • Terapi Fizikal
        • Terapi Mendengar
        • Terapi Nutrisi
        • Terapi Perceptual motor
    • Rawatan Syifa
      • Amalan doa
      • Terapi mendengar ayat suci Al-Quran
      • Terapi menghafaz Al-Quran
    • Rawatan Tambahan Di Rumah
      • Tips membantu anak memaksimakan kebolehan
      • Aktiviti harian yang membantu meningkatkan potensi anak
    • Senarai Occupational Terapi di Negeri Johor
  8. Rumusan & Penutup
Semoga perkongsian ibu ini memberi manfaat untuk ibu bapa di luar sana. Kita sebagai ibu bapa yang mempunyai anak normal juga perlulah sekali sekala meletakkan diri kita ditempat ibu ini barulah kita faham apa yang mereka alami. Semoga Allah permudahkan urusan ibu ini untuk membesarkan anaknya Adam.

Kalau berminat tekan sini yer...
P/S NICE sHARING FROM HERNEENAZIR