ASSALAMUALAIKUM...

Semalam anak mama buat kuih ni untuk berbuka puasa...mama panggil kuih cik abang demam jer sebab lembek-lembek tu jer...tapi ada yang panggil kuih sagu /sagu merah kan...apa-apa la janji kuih yang sama kan...jom kita tengok resepinya yang mudah dan simple...

Bahannya
Sagu biji
Gula pasir
perwarna ros
kelapa parut putih digaulkan dgn sedikit garam

Cara membuatnya...
1-Masakkan air dan letakkan perwarna ros merah dan daun pandan.. setelah mendidih keluarkan daun pandan.. 
2-Masukkan sagu biji tadi dan kacau selama 10 minit.
3-Setelah pekat sedikit masukkan gula pasir dan kacau sehingga likat..
4-Bila dah likat masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit..
5-Bila dah siap keluarkan dan sejukkan dahulu...potong ikut suka dan gaulkan dengan kelapa yang telah digaul dengan garam tadi...
6-Kuih sagu merah dah boleh dihidangkan..
Selamat mencuba yer...


p/s kuih yg simple dan sedap..