ASSALAMUALAIKUM...

Semalam lesen anak mama yang bongsu ni dah tamat tempoh percubaannya...lepas sudah tempoh P selama 2tahun...alhamdullilah hari ini buat lesen penuhnya di Jabatan Pengangkutan Jalan Taman Daya...mula-mula nak buat di Pejabat Pos saja...tapi tidak dibenarkan sebab baru dapat lesen penuh kena juga pergi ke JPJ terus...jadi terus ke Taman Daya...sekejap saja proses membuatnya...tak sampai 15 minit pun dah settle semuanya...bayar RM30 untuk setahun dah siap dan dah dapat lesen penuh yang baru...

p/s sekejap jer masa berlalu...anak mama ni pun dah habis belajar...tunggu panggilan kerja...