HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Wednesday, April 12, 2017

RESEPI PACERI NENAS

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni mama last ganti puasa..alhamdullilah dah settel hutang tahun lepas..lepas ni bolehlah menyambut bulan Ramadhan dengan senang hati...okay hari ni anak mama yang mengambil alih tugas di dapur..menu anak mama hari ni adalah paceri nenas,ayam masak merah,dan daging masak briyani...memang kena dengan menu nasi briyani petang nanti...salah satu menu yang mama nak kongsikan hari ini adalah paceri nenas...salah satu menu yang digandingkan dengan nasi briyani..jom kita tengok resepinya..


Bahan-bahannya...
Nenas
rempah kari
udang kering
kerisik 
bawang goreng
bawang merah
bawang putih
halia
minyak 
garam serbuk perasa

Cara-cara memasaknya..
1-Kupas nenas potonglah ikut suka sendiri...dah kupas tepikan dahulu..bancuh rempah kari jadikan pes dan tepikan..  
2-Ambil bawang merah, halia,bawang putih dan tumbukkan kesemua bahan tadi hingga lumat...akhir sekali tumbukkan udang kering kasar-kasar sedikit..
3-Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi.biarkan garing sebentar dan masukkan rempah kari yang telah dipeskan tadi...kacau sehingga garing
4-Masukkan sedikit air,garam,serbuk perasa dan gula ke dalamnya secukup rasa...
5-Akhir sekali masukkan nenas dan tunggu sehingga nenas lembut sedikit..bila siap bolehlah dihidangkan dan ditaburkan dengan daun bawang dan bawang goreng untuk hiasannya...selamat mencuba semua..nak tengok resepi mama yang lain boleh 


p/s sedapnya bau nasi briyani ni...

10 comments:

  1. Replies
    1. oh yer ke..al-fatihah yer hernee...

      Delete
  2. uih..terliur kita ma,selalu dapat time kenduri kawen je..heheh

    ReplyDelete
  3. Kalau pergi kenduri ada pulak hidang paceri nenas pehhhh memang berselera hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...kalau ada paceri nenas ni mmg jadi berselera mkn..

      Delete
  4. memang sesuai makan dengan nasi beriyani,
    JanjiKita

    ReplyDelete
  5. feberet uyul nihhh huwargghh sedapnya. nanti nak cuba buat sndiri la.

    Jom ke Blog Uyul Rosli >>> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete