ASSALAMUALAIKUM...
Balik dari lawatan tapak terus ke Pasaraya Maslee..anak mama nak cari telur sebab nak buat telur pindang atau telur berempah...anak mama memang suka makan telur pindang atau telur berempah..beli satu rek telur untuk buat telur berempah tu..


Sambil tengok kat tempat barangan basah ni terpandanglah mama kepala dan isi ikan mayong ni...bila tengok ikan ni otak mama dah mula teringat team JDT Blogger yang suka sangat asam pedas ikan mayong ni...tunggu masa potluck nanti yer ! mama masakkan untuk semuanya...


Banyak juga ikan yang ada di sini...


Kepala ikan mayong.


Ikan tenggiri ada, ikan parang, ikan tuka pun ada juga...ikan tuka itusedap kalau dibakar saja dan cicah air asam..memang power sehhh..


ikan merah, ikan kerapu, ikan siakap, ikan bawal


Kawasan sayuran segar...


Kawasan buah-buahan...


  ini dia !! hubby sibuk memilih jering..nak buat ulam jering makan dengan asam pedas ikan mayong memang power.

p/s teringat-ingat mama team JDT Blogger yg suka sgt asam pedas ikan mayong ni...