HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Wednesday, May 31, 2017

RESEPI AYAM MASAK RED DOUBLE ILHAM

ASSALAMUALAIKUM...
Bila nak masak ayam masak merah ni teringatlah mama kat anak-anak blogger Herneenazir..suka sangat Double Ilham tu dengan menu ayam masak red ni...jadi kerana teringatkan anak-anak Hernee mama namakan menu mama kali ini dengan nama "Ayam Masak Red Double Ilham" yer..jom kita tengok resepinya yer...


Bahan-bahan yang diperlukan...
Ayam
sos tomato
sos cili
rempah 3 sekawan(kulit kayu manis/pelaga/bunga lawang)
sedikit cili kisar
minyak untuk menggoreng
garam
serbuk perasa

Cara-cara memasaknya yang simple..
1- Bersihkan ayam gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam...selepas itu gorengkan ayam itu sehingga kekuningan.
2-Setelah ayam siap angkat dan tepikan. Gunakan minyak gorengan ayam itu untuk membuat sos ayam masak merah ini...kalau banyak minyaknya keluarkan sedikit..
3-Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar sedikit dan rempah 3 sekawan..biarkan cili garing setelah itu masukkan sos tomato dan sos cili...
4-Kacaukan sos tersebut dan tambahkan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
5-Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Gaulkan sehingga sebati kesemuanya..ayam masak merah double Ilham siap untuk dihidangkan bersama lauk pauk yang lain juga dan nasi panas.
Selamat mencuba resepi mama yang simple ini yer kawan-kawan...


Entri Ayam masak Merah


RANKING ALEXA BLOG MAMA #25

ASSALAMUALAIKUM..
Share lagi ranking alexa petang ni...seronok bila tengok ranking blog mama ni sentiasa ada peningkatan...
Global Ranking | 778,921
Ranking In Malaysia | 6,806
Untuk Info | tekan sini
Entri sebelum | tekan sini

p/s sayang betul dengan blog mama ni...

WORDLESS WEDNESDAY #735

ASSALAMUALAIKUM...

P/S jauh termenung...ingat apa tu..

MOTIVATION WORD #57

ASSALAMUALAIKUM...

RATHER THAN STRESSING ABOUT THINGS WE CANNOT CONTROL,
PRAY TO THE ONE IN CONTROL AND FIND RELIEF.


GOOD MORNING WEDNESDAY

 ASSALAMUALAIKUM...

WORRY-FREE WEDNESDAY
WORRY IS LIKE A ROCKING CHAIR, IT GIVES YOU SOMETHING TO DO BUT NEVER GETS YOU ANYWHERE.


Tuesday, May 30, 2017

RESEPI SIMPLE ASAM PEDAS AYAM MAMA

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ini mama nak sharekan menu simple dan sedap menu asam pedas ayam..pada korang yang suka makan asam pedas mesti suka dengan menu simple ini...jom kita tengok resepinya kat bawah ni...


Bahan-bahan yang diperlukan...
ayam
cili kisar
daun kari
kunyit
halia
garam
air asam jawa
minyak
serbuk perasa

Cara-cara memasaknya..
1-Mula-mula bersihkan ayam dan tepikan dahulu..ambil kunyit hidup dan halia tumbuk halus.
2-Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan cili kisar dan kunyit halia yang telah ditumbuk tadi..
3-Biarkan cili garing sebentar..setelah garing dan terbit minyak masukkan pula air asam jawa secukupnya..biarkan kuah mendidih dan masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
4-Akhir sekali masukkan daun kari dan ayam ke dalam kuah asam pedas tu..biarkan sehingga ayam itu masak sebentar.
5-Bila ayam dah masak bolehlah ditutup apinya...asam pedas ayam mama yang simple ini siap untuk dihidangkan bersama lauk pauk yang lain dan nasi panas..
.selamat mencuba yer..


PEMBERIAN DARI JIRAN SEBELAH

ASSALAMUALAIKUM..

Rezeki bulan Ramadhan ni...hari tu baru dapat buah jambu tup-tup dapat lagi buah tangan dari jiran sebelah rumah mama ni...buah kismis,coklat dan keronsang..terima kasih jiran mama kerana memberi buah tangan yang best ni...

Entri jiran mama..


p/s seronok dpt jiran yang baik..

MUTIARA KATA #61

ASSALAMUALAIKUM...

SAY GOODBYE TO THE STARS 
OF THE NIGHT AND LET THE MOON PASS AWAY
WELCOME THE BRIGHT SUNSHINE AND LET THE
RAYS OF THE SUN BRIGHTEN YOU UP ALL OVER.
ENJOY A GOOD MORNING.

SEGMEN : BLOGLIST KISAHDIARY.COM JUNE 2017

ASSALAMUALAIKUM...

Assalamualaikum



Tarikh Tamat Penyertaan 10 June 2017

Jom pakat Join


BUAH TANGAN DARI FRANKFURT

ASSALAMUALAIKUM..

Seminggu cucu asuhan mama tak ada minggu lepas...mama Haris ada tugas di Frankfurt dan Switzerland...begitulah agaknya tugas mama Haris sebagai Dr.Falsafah di Universiti Teknologi Malaysia Skudai...kena bawa studentnya ke oversea...


Seronok mama dapat fridge magnet dari sana...bertambahlah lagi koleksi fridge magnet kat peti ais mama..


Mia pun dapat sesuatu juga...Mia dapat selimut penguin dari Dubai...sempat mama Haris beli semasa transit di Dubai...


Dak Darwisy dapat bukua dari Emirates...


Inilah antara fridge magnet yang mama dapat dari mama Haris sebagai buah tangan sewaktu mama Haris mengadakan lawatan ke Negara Korea dan Jepun dulu...


RESEPI KETUPAT GORENG SEDAP

ASSALAMUALAIKUM...
Haii korang...macam mana berpuasa hari ini.semoga diberikan kemudahan untuk kita meneruskan puasa hingga ke waktu berbuka nanti yer...sekejap jer dah 4 hari kita berpuasa kan...apa menu korang untuk berbuka nanti...?pasti dah siap menu yang sedap dan lazat petang nantikan..okaylah hari ni mama nak sharekan resepi mudah dan sedap untuk korang semua...kalau dah jemu nak makan nasi jom kita makan nasi ketupat petang ni..tak payah nak tunggu raya jer kalau nak makan lontong goreng ini....jom kita tengok resepinya..


Bahan-bahan-nya...
ketupat mini segera yang dah siap direbus
daging hancur
udang kering (tumbuk sedikit)
cili kisar
daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan
garam
serbuk perasa
gula sedikit

Cara-cara memasaknya..
1-Potong ketupat mini yang sudah direbus pada 4 bahangian..kalau suka kecil boleh potong kecil.tepikan dahulu..
2-Tumiskan cili kisar dan udang kering dahulu...biarkan sehingga cili itu garing sebentar.
3-Setelah itu masukkan daging cincang tadi ke dalamnya...biarkan sehingga daging masak dan lembut..Bila dah garing masukkan garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa ke dalamnya.
4-Masukkan ketupat mini yang sudah di potong-potong dadu tadi ke dalam sos cili tadi..gaul sehingga sebati..bila dah siap bolehlah ditutup api..Lontong goreng siap untuk dihidangkan.
5-Hiaskan lontong goreng itu dengan bawang goreng dan daun bawang dia atasnya..siap akhirnya menu untuk kita berbuka..
selamat mencuba korang !


Entri berkaitan

 

MOTIVATION WORD #56

ASSALAMUALAIKUM...

AT TIMES YOU MAY THINK EVERYTHING 
IS GOING WRONG.
YET YOU DON'T REALIZE THAT
Allah is setting everything right..

GOOD MORNING TUESDAY

ASSALAMUALAIKUM...


Good Morning Beautiful People
Much love and Blessing to you and
 yours this lovely Tuesday.

Monday, May 29, 2017

MUTIARA KATA #60

ASSALAMUALAIKUM...

IF EVER THERE WAS A TIME
TO FOLLOW YOUR PASSION
AND DO SOMETHING
THAT MATTERS TO YOU
NOW IS CERTAINLY THAT TIME.

RESEPI KERABU MANGGA SIMPLE

ASSALAMUALAIKUM...
Resepi mudah dan simple lagi kali ini...menu di request dari anak mama yang suka makan kerabu mangga ini...ada mangga 2 biji dah nak masak isinya...jadi sebelum ianya masak ranum eloklah mama buatkan kerabu untuk anak mama makan...bahan-bahannya pun guna apa yang ada dalam peti ais..jom kita tengok resepi simple ini...


Bahan-bahannya...
mangga muda
ikan bilis digoreng
bawang merah dihiris
cili api dihiris
udang kering 
sos ikan
sedikit garam
serbuk perasa
air limau nipis 

Cara membuatnya...
1-Hiriskan mangga muda itu asingkan dan masukkan ke dalam bekas.
2-Campurkan sekali dengan hirisan cili api,girisan bawang merah dan ikan bilis goreng dan udang kering yang ditumbuk sedikit.
3-Gaulkan kesemuanya hingga sekata,tambahkan sedikit garam,serbuk perasa dan sos ikan.
4-Akhir sekali perahkan air limau nipis..gaulkan kesemua bahan sehingga sekata dan kerabu mangga simple siap untuk dihidangkan..cukup simple dan mudah untuk membuatnya..okay korang selamat mencuba yer...

p/s menu simple itulah yang sedapnya...hari ke 3 berpuasa...


MOTIVATION WORD #56

ASSALAMUALAIKUM...

STOP HATING YOURSELF FOR
EVERYTHING YOU AREN'T AND START
LOVING YOURSELF
FOR EVERYTHING YOU ALREADY ARE.

GOOD MORNING MONDAY

ASSALAMUALAIKUM...

MONDAY BLESSINGS
HAVE A WONDERFUL DAY
AND BE SURE AND SHARE A SMILE.

Sunday, May 28, 2017

CERITA 2 HARI SEBELUM PUASA

ASSALAMUALAIKUM...
Ini cerita 2 hari sebelum puasa...bawa budak kecik ni ke Tesco sebab nak cari stok lauk untuk berpuasa...asyik berposing jer dengan cuney kat set belakang...

Alahai budak ni...dia pula yang over ambil gambar...guna handphone grandma pula tu! memang makin berat la handphone grandma dengan gambar dak Darwisy ni...

Dah siap beli belah turun jer dah cakap nak makan mee pedas kat food court pula..memang suka sangat dak Darwisy makan mee goreng pedas untuk set budak kat sini...Laju jer nak makan...alahai Darwisy panas mee tu ! kena tiup dulu...

Cuney pun makan juga..cuney order nasi goreng kampung pula..grandma dan atok minum air saja...


Dah kenyang la tu makan mee goreng pedas dengan air cool blog..comot mulut makan mee pedas tu...

p/s layan kerenah cucunda...

RESEPI MASAK LEMAK CILI API DAGING BEREBUNG

ASSALAMUALAIKUM...
Hai korang...hari kedua kita berpuasa...mesti juadah untuk berbuka dari korang mesti enak dan lazat...tapi beringatlah korang jangan memasak sehingga membazirkan yer...hari ni mama nak share satu resepi untuk semua yang sudi singgah ke blog mama ni...menu masak lemak cili api daging berebung...


Bahan-bahan yang diperlukan...
Daging
Rebung
cili api
kunyit
asam keping
santan
bawang merah
garam
serbuk perasa


Cara-cara memasaknya
1-Rebus rebung dahulu dah lembut tepikan..daging kalau nak cepat boleh direbuskan dahulu...
2-Ambil cili api,bawang merah tumbukkan sehingga hancur...kalau nak senang dan cepat blanderkan semua bahan-bahan tadi.. .
3-Masukkan bahan yang sudah dikisar tadi ke dalam periuk.Masukkan santan cair dahulu dan asam keping letak periuk di atas dapur..biarkan didih sebentar..
4-Masukkan daging yang telah direbus tadi ke dalamnya..biarkan daging mesra dengan bahan-bahan kisar tadi..
5-Masukkan rebung dan santan pekat...rasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya..bila dah cukup rasa bolehlah ditutup apinya.

Menu masak lemak daging cili api daging berebung siap untuk dihidangkan..selamat mencuba kawan-kawan.


p/s selamat berbuka puasa semua...

BALIK KAMPUNG PROMOTION | MUTIARA MOTORSPORTS SERVIS CENTRE

ASSALAMUALAIKUM...

Perlu diingatkan servis kereta dahulu yer sebelum pulang ke kampung halaman dalam musim raya nanti...jadi untuk itu Mutiara Motorsports Servis Centre akan mengadakan promosi servis Balik Kampung Promotion..Segeralah booking untuk mereka yang ingin servis kereta mereka.

Promosi pada 22 Mei 2017 - 23 Jun 2017
bertempat :
No 77, Jalan Geroda 1,Off Jalan Cenderawasih
Larkin Johor Bahru.

Untuk Appoinment 
07- 233 7775

Event Mutiara Motors 
Instagram [@mutiaramotors]

sumber info : Visit Johor

DAPAT JAMBU BATU DARI JIRAN SEBELAH

ASSALAMUALAIKUM..
Dah berhari-hari aim buah jambu batu jiran sebelah rumah mama ni...nak minta buah jambu ni jiran tak ada di rumah pula...jadi tahan geram jer la bila tengok buah jambu ni...nak ambil takut pula ! yer la bulan puasa ni ambil-ambil sebarangan kalau tuannya tak halalkan memang makan buah jambu curi la mama nanti...


Alhamdullilah balik dari hantar anak mama kerje tadi terserempaklah dengan jiran tetangga sebelah rumah mama ni aka tuan punya pokok jambu..elok sangatlah dapat jumpa tuannya terus...hubby pun terus bertanya padanya...apa lagi terus dia petikkan dan bagi kat hubby...bukan 2 biji jer tapi 3 biji dapat buah jambu tu...sebenarnya jiran mama nak bagi lebih lagi tadi tapi hubby tak mahu cukuplah dengan 3 biji ni...dah tu siap pesan kat hubby kalau rasa nak makan ambil jer terus katanya...tak payah nak tanya pada dia lagi...baiknya hati jiran mama ni...sampai macam tu sekalikan...



Alhamdullilah ! bersyukurlah mama dapat jiran yang baik dan tidak kedekut...sama-sama berkongsi hasil tanaman yang ada...


p/s memang seronok kalau ada jiran yg baik ni...


CERITA SEBELUM PUASA | STREET SMART PETRONAS

ASSALAMUALAIKUM..
Entri dah terperap lama ni...tak teringat nak postkan..bila nampak baru tahu entri masih dalam draf lagi...cerita dah lama tapi tak tahu nak cerita apa...apa yang ingat jer la...ni lah akibatnya kalau simpan entri dalam draf lama-lama...nak cerita pun dah tak tahu...semuanya dah lupa...


Pintu masuk ke Street Smart Petronas ni..


anak mama test bawa motosikal...


Budak kecik berdua tu semuanya dia nak cuba...


Atok pun nak cuba juga naik motosikal tu..



Teringin juga nak cuba ni...macam bawa kereta betul jer...nak test cara kita kawal kereta bila ada panggilan telefon berbunyi di tepi boleh kontrol ke tidak stereng tu...


semuanya nak dicuba..


sempat snap gambar bersama sekeluarga masa ke tempat parking....


p/s hari ke 2 berpuasa...

MOTIVATION WORD #55

ASSALAMUALAIKUM...

BE CAREFUL WITH YOUR WORDS,
THEY CAN ONLY BE FORGIVEN,
NOT FORGOTTEN.



MOTIVATION WORD #56

ASSALAMUALAIKUM...

STOP HATING YOURSELF FOR 
EVERYTHING YOU AREN'T AND START
LOVING YOURSELF FOR EVERYTHING YOU ALREADY ARE.


MUTIARA KATA #60

ASSALAMUALAIKUM...

SAHUR...
Sabda Rasulullah SAW :
"Makanan sahur semuanya bernilai berkat,
maka jangan anda tinggalkan
sekali pun hanya dengan seteguk air,
Allah dan para Malaikat mengucapkan salam kepada
orang-orang yang makan sahur"
(Hadith Riwayat .Ahmad)



GOOD MORNING SUNDAY

ASSALAMUALAIKUM...

TODAY IS A NEW DAY,
SO RENEW YOUR MIND THIS MORNING.
BE POSITIVE AND START FRESH
GOOD MORNING AND
HAVE A GREAT DAY AHEAD.


Saturday, May 27, 2017

GO SHOP | HAIER AIR FRYER

ASSALAMUALAIKUM..
Ramai yang nak diet kat rumah mama ni kononnya tak nak guna minyak sangat...sebenarnya memang elok kalau kita nak kurangkan penggunaan minyak ni...jauhi dan kurangkan tahap kolestrol dalam badan..bila tengok channel Astro Go Shop ni buat hati tergerak nak mencuba produk Haier Air Fryer ni...nampak macam bagus jer Air Fryer ni boleh gunakan tanpa minyak..maka terbekenanlah dan terbelilah produk Haier Air Fryer ni...akhirnya sampai juga produk Air Fryer ni depan rumah semalam...


Ni dia produk Haier Air Fryer yang sudah terbeli dari Go Shop tu...harga yang dijual di Go Shop adalah RM279 setelah diskaun kalau tidak harga biasanya adalah RM5++...


Mama beli Air Fryer tu dapatlah percuma 3 bekas mangkuk stainless steel dan peralatan dapur seperti pisau besar dan kecil,gunting dan pisau pengikis kulit buah tu..


Nak mencuba menggunakannya...kena juga praktis kalau tak memang tak tahu macam mana nak menggunakannya nanti...


Video test menggoreng ayam dan nugget pula...


Siap rakam video nak test menggoreng telur semalam menggunakan Air Fryer ni...menjadi juga...


Ni lah hasilnya selepas menggoreng nugget dan ayam goreng frozen ini..belum sempat ambil gambar dah kena cekup kulit ayam tu...rasanya macam kita mengoreng menggunakan minyak juga...


Goreng ikan pun sekata masaknya...memang eloklah kalau ada satu Air Fryer di rumah...lepas ni kalau ada yang nak diet tu bolehlah menggunakan Air Fryer untuk sesi diet yang baik...


p/s soping online...

MUTIARA KATA #59

ASSALAMUALAIKUM...

Berhati-hatilah dengan perkataan dan perbuatan,
Jika sudah melukai hati seseorang
Bagaikan sebuah paku yang menancap 
pada kayu  walaupun sudah dicabut tetap meninggalkan bekas.

MOTIVATION WORD #54

ASSALAMUALAIKUM...

ONLY I CAN CHANGE MY LIFE.
NO ONE CAN DO 
IT FOR ME.

p/s yes i can do it..