HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Friday, May 12, 2017

"FOOD TRUCK" USAHAWAN MAINJ

ASSALAMUALAIKUM...


Pada mereka yang berminat dengan perniagaan Food Truck ini kini ada berita gembira buat mereka...Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah pun mengadakan satu cara permohonan untuk mereka berniaga.Pada mereka yang berminat bolehlah melayari laman sesawang http://www.maij.gov.my/ untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut..

Majlis Agama Islam Johor
TAWARAN PEMBIAYAAN SEWA BELI FOOD TRUCK KEPADA SEMUA USAHAWAN MUSLIM NEGERI JOHOR.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • Permohonan mestilah warganegara Malaysia beragama Islam dan telah menetap di Negeri Johor dalam tempoh 5 tahun berturut-turut pada tarikh permohonan
  • Pendapatan kasar bulanan pemohon tidak melebihi Rm3000 sebulan
  • Perniagaan yang diceburi mestilah berlandaskan Islam dan telah ada premis perniagaan sendiri
  • Telah menjalankan perniagaan bagi tempoh setahun ke atas berdasarkan pada tarikh pendaftaran SSM
  • Dibuka juga kepada Usahawan Asnaf yang berumur 30-50tahun
  • Mempunyai lesen GDL
  • Memiliki sijil suntikan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk peniaga makanan
  • Perniagaan mestilah berdaftar dengan SSM
  • Perniagaan yang dijalankan mestilah dalam Negeri Johor
  • Projek yang dijalankan secara berterusan bukan bermusim
  • Dokumen sokongan yang wajib disertakan adalah seperti

  1. Salinan kad pengenalan yang disahkan
  2. Salinan sijil pendaftaran SSM atas nama pemohon yang disahkan
  3. Salinan penyata akaun bank syarikat
  4. Salinan pendapatan atau surat akaun pendapatan yang disahkan
  5. Gambar perniagaan (signboard dan ruangniaga)
  • Pengesahan hanya boleh disahkan oleh Amil Agihan Zakat/penghulu sahaja
  • MAINJ berhak menoloak permohonan sekiranya slip permohonan tidak dilengkapkan
  • Borang yang lengkap dihantar ke
Ketua Pegawai Eksekutif
majlis Agama Islam Negeri Johor
Tingkat 5,Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor
Jalan Masjid Abu Bakar
80000 Johor Bahru.

  • Permohonan hanya dibenarkan membuat 1 jenis permohonan
  • MAIJ tidak akan memberikan bantuan ulangan
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
  • Tarikh tutup permohonan pada 31Mei2017



2 comments: