ASSALAMUALAIKUM...

Tahniah buat warga kerja Majlis Perbandaran Kluang yang telah memenangi pengiktirafan antarabangsa iaitu Anugerah Gold Winner Award daripada International Green Apple Award Kategori Built Environment and Heritage Building untuk 'Laman Kreatif' di London. Kluang terus ceria, indah dan berseni. Jika anda singgah ke Kluang untuk merasai aroma kopi dan roti bakar di Kluang Railway Station, jangan lupa singgah juga ke Laman Seni Kluang.