ASSALAMUALAIKUM...

Kali ini mama ingin mencuba lagi contest dari Lazada untuk minggu yang terakhir..mana tahu ada rezeki sebab hari ini adalah hari kelahiran mama mana tahu boleh menang..seronoknya kalau menang dan berjaya dalam contest terakhir ini...boleh la mama shopping sakan membeli hadiah hari lahir kat Lazada nanti...Apa lagi korang jomlah kita join contest Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest ini mana tahu rezeki raya nanti...boleh rujuk syarat-syarat di SINI yer..

Theme : Travelling Back Home

Contest period : 16 June 2017 - 30 June 2017
Title of article : Any title related to the Article

a-Where do you celebrate Raya this year?
Pada mama beraya tahun ini sama seperti tahun-tahun yang lepas juga..mesti beraya di kampung dahulu walaupun sudah ketiadaan ayah tapi kami tetap kena beraya dengan emak di kampung.Kampung mama tidaklah jauh sangat dari tempat tinggal mama sekarang...Orang kata sekangkang kera jer la nak balik ke kampung tapi kalau jammed terasa juga jauhnya.Kampung mama hanya di Majidee Johor Bahru saja.Adik beradik semuanya ada tinggal di sini jadi tak susahlah nanti hendak pergi beraya ke rumah mereka semua. 

b-List down your "balik kampung" essentials.
Untuk balik kampung banyak juga barang keperluan yang perlu dibawa dan perkara yang perlu dilakukan sebelum pulang ke kampung...Biasalah kalau dah ramai adik-beradik semua keperluan anak perlu difikirkan.Walaupun dekat tetap kena juga bawa serba sedikit untuk keperluan semasa berada di kampung nanti..Okaylah mama cuba listkan barang apa yang perlu dibawa dan perkara yang perlu dilakukan sebelum pulang ke kampung nanti...

1-Baju dan pakaian (Sendiri)
Ini memang perlu untuk dibawa lebih-lebih lagi dalam musim raya ini.Bagi mama pakaian mama dan hubby mama yang sediakan manakala anak masing-masing lebih suka bawa beg sendiri.Anak-anak mama dah besar jadi semua keperluan mereka yang aturkan sendiri.List barang yang perlu dibawa..
-Baju raya
-Kasut raya 
-Hand bag
-Tudung lip lap 
-Pakaian basahan
-Kamera / gadjet yang lain /Chager
-Berus gigi
-Tuala
-Bahan-bahan makeup (kang tak berseri pula)

2-Kuih / Biskut Raya
Kalau mama buat biskut kenalah buat untuk emak sekali kiranya macam buah tangan untuk mak di hari raya..Bawakanlah serba sedikit untuk mak buat menjamu saudara mara yang akan datang berkunjung ke rumah di hari raya nanti.

3-Duit Raya
Yang ini memang penting bila ada saudara mara berkunjung duit raya pasti akan jadi tumpuan utama untuk anak saudara,sepupu sepapat atau jiran-jiran yang datang berkunjung ke rumah...Lagi satu asingkan duit raya mengikut siapa yang perlu di berikan..tandakan pada setiap angpow yang perlu.
-Anak-anak
-Isteri
-Ibubapa
-Anak saudara
-Anak jiran yang berkunjung

4-Pampers/ Baju Anak Kecil
Bagi yang ada anak kecil keperluan mereka memang perlu disiapkan semuanya supaya nanti bila berada di kampung tiada yang kekurangan.
-Pampers
-Susu
-Mandian bayi
-Baju yang perlu
-Bekalan ubat / termometer
-Berus gigi
-Mainan yang perlu
-Bantal anak / bantal busuk
-Bekas makanan
-Ubatan memang perlu bawa mana tahu cuaca yang tak menentu membuat anak kita deman atau sakit.Kiranya kesemua keperluan anak kecil ni memang amat penting sekali.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM PULANG KE KAMPUNG

5-Servis Kereta / Cuci Kereta
Pastikan kereta kita berada di dalam keadaan yang baik.Servis kereta terlebih dahulu cek bateri,air,air-cond,tayar,brek dan apa jua yang perlu untuk memudahkan perjalanan kita nanti.Setelah siap kereta perlu juga dicuci supaya ianya berada di dalam keadaan yang bersih juga..

6-Kunci Pintu / Tutup Dapur Gas / Buang Sampah
Sebelum bertolak pastikan suis dan lampu di rumah di tutup..Bukakan satu lampu di luar rumah untuk keselamatan.Pastikan juga kepala dapur gas ditanggalkan terlebih dahulu dan buangkan sampah juga.Kalau ada jiran yang berlainan agama dan ada dirumah minta tolong tengok-tengokkan keadaan rumah kita..Itulah pentingnya kalau kita berbaik dengan jiran tertangga..

7-Berhati-hati Semasa Dalam Perjalanan
Penting dan perlu diingatkan pada kawan-kawan ikutlah masa dan tarikh yang ditetapkan oleh pihak PLUS untuk mengelakkan kita menempuh perjalanan dalam jammed nanti...Kalau ikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan perjalanan balik ke kampung akan berjalan dengan lancar dan kita akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

c-What would you like to buy on Lazada's platform to bring along for "balik kampung"


RM 299.00

Pertama sekali benda yang paling penting bila hendak pulang kekampung..memang perlu beli beg luggage 3 In 1 ABS Travel Luggage (Hello Kitty Love) ini...senang bila hendak pulang ke mana-mana atau pulang ke kampung..boleh asingkan pakaian untuk anak-anak dan diri kita sendiri dengan beg luggage ini.Terdapat dalam 2 saiz yang berbeza dan 1 beg yang kecil itu untuk barang-barang make-up atau benda penting yang lain-lain juga..dan yang paling pentingnya pilihan warna mama mestilah yang berwarna pink..


RM 282.00

Nak juga mencuba gunakan kamera Cam Dual Screen ni...senang bila berada di kampung boleh rakam gambar dan video dengan kamera ini...At least perkara-perkara menarik semasa dalam perjalanan dan semasa berada di kampung halaman pada hari raya nanti boleh dirakam dan ianya akan jadi memori pada kita, keluarga dan anak-anak kita nanti...sebenarnya nak cari warna pink juga tapi dah kehabisan stok pula jadi warni ni pun okay juga la...



RM 36.50

Lagi satu yang perlu ada dalam simpanan untuk di bawa balik ke kampung adalah Pendrive Usb ini...banyak kegunaannya nanti bila gambar dah penuh di hand phone atau kamera bolehlah ditransferkan ke pen drive ini...memori telefon pun jadi laju tanpa gambar-gambar yang banyak ada di dalamnya..Itulah barang-barang yang perlu mama beli dari Lazada nanti untuk dibawa pulang pada hari raya nanti...



Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini LAZADA MALAYSIA telah melancarkan MARHABAN YA RAMADHAN BY LAZADA dan RIANG RIA RAYA (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dari 19 Mei sehingga 30 June 2017.Jadi jangan ketinggalan dan melepaskan peluang membeli belah di Lazada untuk penjimatan di musim perayaan ini.
SELAMAT HARI RAYA LAZADA..!!