HOME CONTACT ME PARENTING RECIPE REVIEW LABEL

Sponsor



Wednesday, June 14, 2017

SINDROM CARPAL TUNNEL | SAKIT PERGELANGAN TANGAN

ASSALAMUALAIKUM....
Dah beberapa hari terasa sakit dipergelangan tangan mama ni...sekejap sakit sekejap hilang..risau juga dibuatnya takut ada masalah lain pula...dalam whatsapp blogger Herneenazir ada cakap takut mama ada simptom "Carpal Tunnel Syndrome" atau " Sindrom Carpal Tunnel".. cepat-cepat la mama klik google nak tahu apa jenis sakitnya ini...



Ini dia hasilnya dari cubaan menggoogle tadi..jom kita tengok apa jenis sakitnya...sakit yang mempengaruhi pergelangan tangan dan tangan..Saraf yang mengontrol indra perasa dan pergerakan di dalam pergelangan tangan dan tangan yang terkena Sindrom Carpal Tunnel disebut saraf  median.Saraf yang terdapat pada bagian pergelangan tangan disebut Carpal Tunnel. 

Kebiasaannya sindrom ini berlaku pada orang yang berumur dari 18-65tahun..Ianya akan menyebabkan tangan akan menjadi kebas dan kesemutan.Sakit ini juga akan menyukarkan kita melakukan sesuatu pekerjaan pada jejari tangan seperti menulis atau memegang sesuatu.


Risau pulak bila baca sindrom yang ada tadi...kena juga buat sesuatu untuk memulihkan sakit pada pergelangan tangan mama ini kalau dibiarkan lama-lama memang tak boleh menulis dan memeganglah mama jawabnya..nak amalkan tips-tips yang diberikan ini..mama sharekan di sini yer...

5 Tips Rawatan yang diperlukan
1-SENAMAN REGANGAN TANGAN DAN PERGELANGAN TANGAN
Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 10-15minit sebelum melakukan aktiviti.Senaman ini dilakukan dengan mengenggam dan memusiangkan pergelangan tangan ke kiri dan ke kanan untuk mengendurkan uratnya.

2-AMALKAN MEMAKAN VITAMIN B6
vitamin B6 dapat membantu untuk merawat urat yang mengalami tekanan akibat tisu-tisu sekeliling.

3-GUNAKAN SPLINT
Splint dapat mengurangkan kesakitan yang keterlaluan dan dapat menghalang urat yang sakit dari menjadi lebih teruk.Ianya juga boleh mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan.

4-MELAKUKAN REHAT BILA BEKERJA
Rehatkan pergelangan tangan selama 5minit di waktu kerja dan ianya dapat membantu mengurangkan simptom penyakit ini.

5-TUAMAN SEJUK ATAU HABA
Untuk mengurangakan bengkak tisu-tisu dan urat saraf di pergelangan tangan kita boleh mengamalkan tuaman dengan benda sejuk seperti ais atau atau tuaman haba.Pad haba ada dijual di farmasi perubatan.Lakukan tuaman di pergelangan tangan dan jejari tangan.


Terpaksalah mama gunakan splint untuk melegakan kesakitan di pergelangan tangan mama ni...Ya Allah Kau sembuhkanlah penyakit ku ini...


 p/s alhamdullilah..sakit penghapus dosa-dosa kita...

2 comments: