17 July 2017

# besday mak ayah

17.07.17 TARIKH YANG CANTIK PADA HARI LAHIR HUBBY

ASSALAMUALAIKUM....


-17.07.17 - 
Tarikh lahir yang cantik untuk hubby mama hari ini...cantikkan tarikh lahir hubby mama pada tahun ini...umur pun dah menjangkau meniti usianya pada tahun ini...kalau kerja kerajaan dah masa untuk berpencen ni..

Alhamdullilah Allah masih memanjangkan usia hubby dan diberikan kesempatan untuk mama dapat hidup bersama hubby hingga ke usia beliau sekarang ni..diberikan kesihatan yang baik dan dapat hidup bahagia bersama keluarga...semoga Allah terus dapat meminjamkan hubby untuk mama hidup bersamanya sehingga hujung usia kami berdua... 


Pada yang berkahwin atau bertunang pada tarikh yang istimewa macam ini pasti ianya akan menjadi salah satu tarikh istimewa dan akan terus menjadi kenangan di hari mendatang...macam anak mama dulu pun ! tarikh bertunangnya pun pada tarikh yang istimewa juga iaitu pada 01.01.2010..cantik juga tarikh tu kan..tapi masa nak berkahwin ingatkan nak pilih tarikh 11.11.11 tapi tarikh tu tak kena dengan hari dan masa jadi terpaksalah ditukarkan...

 p/s nombor cantik semua suka...

3 comments: