13 July 2017

TENGOK BUAH NI TERINGAT KAMPUNG MUO

ASSALAMUALAIKUM..
Seronoknya bila musim buah-buahan ni...bila tengok buah ni jer mesti teringat kampung halaman mama di  Muo tempat mama dibesarkan..dulu masa duduk dikampung inilah buah yang selalu mama makan dan ada masa siap boleh jual kat peraih lagi tu...kawan-kawan pun rasanya pasti kenal dengan buah ini kan buah manggis...teringat memori terindah bila dapat makan buah manggis ni....


Dulu masa kat kampung zaman kecik-kecik dulu memang suka sangat panjat pokok buah manggis ni...bila petik buah manggis tu mama makan jer kat atas pokoknya...memang dulunya mama ni memang kaki memanjat pokok..pantang ada pokok yang boleh dipanjat cepat jer...pokok buah jambu batu,pokok buah langsat semuanya dicuba...memang dah macam budak lelaki jer dulu...

kenangan silam yang sentiasa bermain di dalam memori mama ni...kalau ada peraih cina nakkan buah manggis ni mama akan petik dan jual kat mereka...dapatlah rm2 ke rm3 masa tu...nak kumpul duit poket sendiri...kumpul-kumpul duitnya dapatlah beli majalah kanak-kanak masa tu...lupa pula nama majalah kanak-kanak tu..memang seronok masa kecik-kecik dulu...sekarang ni semuanya nak kena beli dah tak boleh nak panjat-panjat pokok lagi..


Beli sikit jer dah beberapa ringgit...sekilo pun dah berbelas ringgit...bila teringin nak makan terpaksa juga beli...tengok jer ni,..hadap sebekas buah manggis ni seorang diri... puas hati rasanya...sambil makan teringat memori semasa di kampung dulu...

p/s memori tetap akan jadi kenangan terindah...

1 comment: