ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdullilah !! selesai juga pembedahan anak mama semalam...risau sangat rasa hati ini bila dapat tahu berita ini...terkejut mama dibuatnya bila anak mama bagitahu berita ini...Ya Allah hanya Tuhan saja yang tahu betapa risau mama mendengarnya...anak mama diberitahu oleh doktor mengandung luar rahim dan ianya terpaksa dibedah untuk mengeluarkan janin yang ada diluar rahim anak mama ini...doktor bagitahu ini hanya pembedahan kecil disebut "Ectopic Operation"...walaupun kecil tapi bila dengar pembedahan memang terasa takut juga...semalam anak mama sudah pun selesai menjalani pembedahan itu...terima kasih kawan-kawan alam maya yang sudi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anak mama semalam..


Alhamdullilah !! selesai juga pembedahan yang doktor jalankan semalam dengan jayanya..selepas ini terpaksalah berpantang...doktor pun ada memberitahu anak mama jika dia mengandung lagi berkemungkinan akan terjadi begini lagi...kesian anak mama sayu jer bila mama bawa sekali Darwisy dan Damia melawat dia petang semalam...


Darwisy pada mulanya takut nak medekati mamanya tapi bila mama pujuk baru Darwisy nak datang berbual dan mencium mamanya...


Darwisy : "Sayangggg mama ...
Mama : " Darwisy sayang mama tak?.."
Darwisy : "Sayanggg.."
Mama : "Darwisy duduk dengan grandma jadi good boy tau , mama sakit ni.."
Darwisy : "Ok.."


p/s sedih hati tengok anak sakit ...