ASSALAMUALAIKUM....

Projek mama semalam...nak buat semasa nak raya tempohari tapi tak dapat sebab gun mesin waterjet ni rosak..jadi taklah dapat buat projek pembersihan luar rumah masa nak raya puasa tempohari..semalam gun waterjet tu dah pun dibaiki jadi mama dan hubby mulakanlah projek pembersihan yang tergendala tu...


Dah macam pekerja pembersihan Indon pulak gayanya...pakai seluar laki bini sama pulak tu..hahhaa bibik masuk kerja kenalah pakai uniform kerja kan...

Puas hati dapat bersihkan kawasan depan rumah mama ni...bersih simennya...nak buat tiles tak mampu gayanya...gunalah mana yang sedia ada ni...sakit seluruh badan dibuatnya...tak biasa kerja keras macam nilah gayanya..semua urat sendi sakit bila dah selesai buat proses pembersihan tu..

p/s sengal kaki tangan semuanya..