ASSALAMUALAIKUM..
Bila mama dah bersarapan baru hubby nak bungkuskan nasi lemak dalam daun pisang ni...senang anak nak bawa bekal pergi kerja nanti kata hubby...yer la ! kalau rajin memang cepat jer hubby buat sendiri...daun pisang pun dah ada kat belakang rumah jer jadi dia ambil dan layukan daunnya..mula operasi hubby membungkus nasi lemak tu...


Akhirnya siap juga nasi lemak bungkus dari hubby...dapatlah beberapa bungkus nasi lemak dan bolehlah anak bawa bekal ke tempat kerjanya...nasi lemak bungkus hubby ! dah macam beli kat kedai pulak gayanya...hahahaha macam-macamlah hubby mama.ni...kalau dah rajin macam-macam nak dibuatnya...

Memang sedapkan kalau mkn nasi lemak berbungkus dalam daun pisang ni...baunya pun wangi jer...berselera sangat bila nak memakannya...

p/s sarapan pagi minggu...