ASSALAMUALAIKUM...
Kalau tak jengah kebun belakang rumah ni memang tak sah...hubby mesti nak tengok keadaan pokok yang dah ditanamnya...kebun sekangkang kera inilah tempat pelepas segala-galanya...tengok pokok menghijau ni memang amat menyegarkan mata kita kan...lagilah kalau tengok pokok yang ditanam hidup membesar dengan subur dan jayanya...
Hubby dok menyiram tanam-tanaman di kebun sekangkang kera ni...cuaca panas eloklah disiram pokok-pokok ni..kesian tengok layu jer daunnya...

Seronok tengok pokok jagung yang disemai pun dah mula menjadi...harap dapatlah makan hasilnya nanti...


Pokok pisang pun dah mengeluarkan hasilnya...dah berbuah hanya tunggu proses tumbesaran buahnya...jantung pisang pun dah boleh dipetik tu...

p/s sudah nampak.hasilnya...

Entri berkaitan...
  1. Rutin Hubby Pagi Minggu
  2. DIY : Kebun Seconet Belakang Rumah