ASSALAMUALAIKUM...
Menu kampung kita hari ini...asam rebus sayur batang keladi...lama sangat dah tak makan menu kampung ni...dulu bila beli sayur keladi ni mesti kena yang gatal jadi takut nak beli lagi...lama juga hubby dok mengidam nak makan asam rebus batang keladi ni...hari ni kita masak menu kampung ni...jom kita tengok resipi simplenya di bawah ni...


Bahan-bahannya..
sayur keladi
*cili kering
*bawang merah
*bawang putih
*belacan
*ikan bilis
bahan-bahan * diatas diblander atau ditumbuk halus
air asam jawa
garam
serbuk perasa

Cara-cara memasaknya...
1-Siang sayur keladi dan rebuskan sekejap jangan sampai lembik..bila siap toskan sebentar.
2-Ambil bahan-bahan yang telah dikisar tadi masukkan ke dalam periuk.Letak air asam jawa ke dalamnya.
3-Masakkan sehingga bahan rencah tadi mendidih kuahnya...perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
4-Masukkan sayur keladi yang siap direbus tadi ke dalamnya..biarkan sebentar dan asam rebus batang keladi siap untuk disajikan dengan menu yang lain juga..
sedap juga kalau dilayan dengan sambal belacan dan ikan masin sekali...
okay korang ! selamat mencuba...