ASSALAMUALAIKUM....
Cerita semalam...semalam cuaca agak panas juga kat tempat mama ni jadi semalam jugalah hubby ambilkan kelapa muda ni...jenuh juga nak menjoloknya nasib baik memang ada galah panjang untuk jolok buah kelapa muda ni....dapat jugalah beberapa biji...lupa pula nak snap gambarnya awal2 sebab bila mama sibuk nak ambil gambar buah kelapa tu memang dah tak ada pun...yang tinggal hanyalah isi dan airnya saja...jadi dapat snap gambar air dan isi kelapa muda tu jer la...
Sedapnya dapat makan isi kelapa muda ni...campur dengan air kelapanya lagilah tersangat sedapnya...Fresh dari ladang tau...

Dapatlah satu jug jugalah air kelapa muda ni...puas hati dapat minum air kelapa dan isinya ni semalam...lega rasa tekak ni...
kalau nak beli pun sebiji kelapa muda ni dah berharga rm3 ke rm4 jugalah...

Tengok tu isi kelapanya...memang fresh lagi isinya...sedap jer masuk ke mulut...nak sejuk lagi hanya tambahkan air batu jer...pastu dah pun boleh di minum.....

Alhamdullilah !! Sesekali dapat layan air kelapa muda ni memang best..senang jer kalau terasa nak minum air kelapa muda ni...jolok jer kat pokok kelapa depan rumah ni...

p/s puas hati dapat minum.air kelapa...