ASSALAMUALAIKUM...

DANA DIDIK JAUHAR KIDS

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan kerjasama PTPTN dan beberapa agensi berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Jauhar Kids

Bermula pada tahun 2018, Kerajaan Negeri akan membantu Pembukaan Akaun SSPN-i bernilai RM50 seorang untuk bayi yang dilahirkan di Johor pada tahun 2018.

Syarat-syarat kelayakan:
1. Ibu dan Bapa adalah warganegara Malaysia, (keutamaan diberikan kepada ibu yang lahir di negeri Johor)
2. Bayi yang dilahirkan di negeri Johor mulai 1 Januari 2018
3. Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM7,000 sebulan

Borang permohonan boleh diambil di mana-mana kaunter berikut:
1. Wad-wad bersalin hospital utama di Johor
2. Jabatan Pendapatan Negara di Negeri Johor
3. Pejabat PTPTN Cawangan di negeri Johor, atau
4. Pejabat Yayasan Pelajaran Johor

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian:
07-2344 355 (ext 223) ATAU e-mel ypj@johor.gov.my

Tempoh permohonan adalah dalam masa satu (1) bulan dari tarikh kelahiran bayi

SSPN-i menawarkan keistimewaan berikut:

1.Pelepasan taksiran cukai hingga RM6,000.00 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa.

2.Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.

3.Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan.

4.Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak.

5.Simpanan dijamin oleh kerajaan.

6.Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

7.Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen SSPN-i