ASSALAMUALAIKUM...
DIY | Mengemas Peralatan Pertukangan | Rutin hubby hari ni sibuk mengemaskan peralatan pertukangannya agar nampak kemas dan senang bila hendak menggunakannya....kalau tak dikemas memang jenuh nak cari satu persatu alatannya...kali ni asingkan mana yang perlunya...

Tu dia hubby sedang lakukan proses pengasingan barangan yang perlu...

Mana barang dan alatan yang penting yang kenalah letak di tempat yang senang dicari ....

Jenuh mengemas alatannya kat depan rumah mama ni...bersepah jangan cerita memang tak boleh dinafikan...lepas ni kenalah tolong sama-sama mengemas...

dah siap diasingkan skrew, besi , paku dalam satu bekas..


Nampaklah teratur sedikit barangannya ini...dah senang dan mudah nak cari apa yang diperlukan nanti...