ASSALAMUALAIKUM....
Mood Dah Ke Laut | Haii sudah semakin jauh ke laut dah nampaknya ni..semakin hari semakin menghilang mood nak berblogging ni...kekadang terfikir sendiri agaknya mungkin dah mengikut faktor usia ke ni...semakin berumur semakin jadi bertambah penyakit kemalasan timbul.dalam diri ini...entahlah banyak betul masa terbiar ke tempat lain jadi semakin terbiar dah blog mama ni...lebih-lebih lagi sekarang ni sibuk dengan persiapan perkahwinan anak yang kedua jadi dah semakin ke laut mood nak berblogging...semoga mama diberikan kekuatan untuk meneruskan cerita-cerita kehidupan diri ke dalam blog yang semakin jauh menyepi ini..terima kasih la pada kawan-kawan yang masih sudi singgah ke blog mama yang dah suam-suam kuku ni...jika ada kelapangan masa dan mood berblogging beransur pulih akan mama terjah ke blog kawan-kawan semua....sekarang ini masih berfikir lagi dan ianya masih diawang-awangan samada nak diteruskan atau dibiarkan blog ini sepi tanpa jagaan...terasa sayang pada blog ini jika ditinggalkan begitu saja tanpa cerita-cerita yang tertulis jadi biarlah masa dan takdir yang menentukan semuanya...


p/s mood dah terjun ke laut terus...