ASSALAMUALAIKUM....
Petua Halia Kunyit Tahan Lama | Biasanya bahan masakan seperti kunyit,halia atau lengkuas ni memang selalu kita gunakan di dapur tapintidak dalam kuantiti yang banyak..masalahnya kunyit,halia ini akan mudah kecut dan kering...kalau dah kecut dan kering tu memang susah untuk digunakan lagi jadi tong sampahlah jawabnya...jadi jalan penyelesaiannya bolehlah mencuba tips atau petua dari dapur mama ni...in sha Allah tiada lagi masalah kunyit atau halia kita menjadi kecut dan kering lagi...kita boleh lakukan sendiri di rumah dan apa yang perlu kita lakukan adalah...

1-Ambil kunyit, halia tu dan bersihkannya...

2-Setelah dibersihkan bolehlah dimasukkan kunyit dan halia itu ke dalam bekas dan isikan dengan air di dalamnya...

3-Bolehlah disimpan di dalam peti ais yer..airnya hendaklah selalu ditukar tau...jangan biarkan terlalu lama sehingga airnya berlendir...semoga tips atau petua dari mama ni boleh menyelesaikan masalah dapur kita ini...
selamat mencuba kawan-kawan...