ASSALAMUALAIKUM...
SDS New "Messy Bun" | Jom Memessykan Diri | Teruja sangat nak rasa menu baru dari SDS ini...Semalam mama ke Outlet SDS di Kangkar untuk mengambil dan merasai sendiri keenakkan Messy Bun ini...Cucu mama memang dah tak sabar sangat nak merasai menu baru ini...


Dapat juga 4 ketui Messy Bun ini...2 ketui bagi kat cucu dan 2ketui lagi mama bawa balik ke rumah nak suruh anak merasainya pula...nak messykan mereka pula...kenapa croissant ini di namakan "Messy Bun"..nama pun dah messy jadi bila memakannya mulut akan jadi comot dengan coklat yang ada ...kalau dicontrol makannya taklah dinamakan messy kan...

Crossant Messy Bun ini akan dijual secara rasminya pada hari Jumaat dengan harga RM3 sahaja...Promosi ini akan diadakan selama 3 hari 13 sehingga 15 April ini...Selepas itu harganya adalah RM5.80 seunit.Pada korang yang nak merasainya sendiri bolehlah ke outlet SDS yer...


Untuk masa promosi Messy Bun hanya boleh di dapati di restoren SDS yang terpilih di Kota Tinggi,JB City Square, Paradigm Mall JB, AEON Mall Kulai Jaya, FANPEKKA Cafe By SDS Taman Johor Jaya, Plaza Pelangi & Giant Plentong sahaja.Selepas 16 April Messy Bun ini boleh di dapati di semua cawangan SDS Bakery yang lain juga...


Teruja sebelum tahu dia akan di messykan...senyum lagi tu..
Cara nak memakannya...
1-Pegang roti dikedua tangan yer...


2-Gigit Messy Bun dari depannya yer..
3-Tengoklah comotnya mulut cucu mama ni...tak sangka Damia hari ini dia makan sampai comot...sebab selalunya mama Damia akan cover baju dan mulut supaya tak secomot ini...inilah akibatnya kalau kita memakan Messy Bun baru dari SDS ini...

Pada yang nak join Messy Contest ini bolehlah klik link dibawah ini