SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dalam mama BW tadi terjumpa satu info yang menarik ini dan ingin sekali mama sharekan info yang mama ketahui itu dengan kekawan semua...sumber info ini mama ketahui dari blog ini...

untuk pengetahuan kekawan semua Masjid Sultan Abu Bakar Johor Baharu telah dibina pada tahun 1892 dan batu asasnya telah diletakkan sendiri oleh baginda .

keistimewaan masjid ini adalah dari dindingnya yang telah dibina dengan telur putih yang telah dicampurkan dengan simen.Masjid Sultan Abu Bakar ini telah mengambil masa selama 8 tahun untuk menyiapkannya dan ianya berharga $400,000.

Masjid ini juga telah dirasmikan oleh Sultan Ibrahim pada hari raya kedua pada tahun 1900...21 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda hormat dan secara simboliknya Sultan Ibrahim telah membuka pintu masjid dengan menggunakan kunci yang diperbuat dari Perak.

menurut orang tua dulu Sultan Ibrahim amat gemar bersolat di masjid ini sewaktu hayatnya dan satu lagi keistimewaan masjid ini adalah ianya telah dibina oleh orang-orang Islam dari Teluk Belanga Singapura. 


Dahulu


sekarang