SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Baru lepas balik dari Legoland sebab menghantar anak mama yang akan bertolak ke Penang petang ni...dari Legoland mereka akan bertolak bersama-sama staff marketing dan eduction yang lain ke Lapangan Terbang Senai dan akan menaiki flight jam 5 petang nanti...

anak mama ada roadshow untuk Legoland di Penang  selama 3 hari 2 malam di Pusat Sains di sana tapi terlupa pula mama nak tanya anak mama nama pusat sains tu...inilah pertama kalinya anak mama pergi beroutstation yang jauh begini..moga beliau sampai ke sana dengan selamatnya dan berjaya menjalankan kerjanya dengan baik di sana nanti..inshaAllah ...