SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
 

Hari ini mama hanya nak share resepi sos tauhu sumbat saja...kalau untuk isi tauhu yang nak disumbat tu mesti semua kawan-kawan dah tahukan...jadi kat sini hanya sosnya saja yang mama nak sharekan bagaimana cara nak membuatnya...sebenarnya ini adalah request dari adik mama nak tahu bagaimana nak mencuba membuat sosnya...okay adikku jom kita mencuba membuatnya yer..

sediakan bahannya yer...
cili kering/cili hidup merah,sos tomato/sos cili,bawang putih, bawang kecil, gula, garam dan air

Cara-cara membuatnya...
Mula-mula blander cili kering/cili hidup merah bersama bawang putih,bawang merah masukkan sekali garam,gula dan tomato sos kisar semuanya..ambil sos yang telah diblend tadi dan masakkan sekejap....rasalah sos itu kalau kurang garam tambahkan sedikit lagi garam dan kalau kurang manis tambahkan sedikit gula...agak-agaklah ikut suka kita sendiri yer... okay itu saja dan selamat mencuba yer kawan-kawan dan juga untuk adikku...