SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Nasi Ayam adalah menu yang memang digemari oleh anak-anak mama...pantang ada ayam mesti nak suruh buat nasi ayam...mama ni masakkan boleh la tapi nak makan ayam memang tak suka...okay kita tengok resepi Nasi Ayam Mama ni yer...

Bahan-bahan yang perlu...
1 ekor ayam
tomato,timun,halia,bawang besar,bawang putih
salad,cili merah,daun sup/daun bawang
sos tiram,kicap cair (utk sos hitam)
madu,bawang goreng,daun pandan
garam,serbuk perasa dan kiub ayam

Cara-cara membuat ayamnya....
bersihkan ayam kemudian rebus sehingga separuh masak sebab ayam itu akan digoreng semula...angkat ayam yg dah direbus tadi toskan hingga kering airnya..bila ayam dah kering sapu madu keseluruhannya...boleh la dipanggang atau digoreng ayam itu...bila ayam dah garing angkat toskan sehingga sejuk dahulu kemudian barulah dipotong-potong...

 Cara memasak nasinya pula..
Basuh beras dahulu toskan hingga kering biarkan sekejap...ambil halia,bawang merah hiriskan kemudian tumiskan ke dalam periuk sekejap tambahkan kiub ayam...ambil air sup ayam yang telah direbus tadi untuk memasak nasinya pula...bubuh garam,serbuk perasa dan daun pandan kemudian dimasak...bila nasi dah masak gaul dan taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng...kemudian tutup periuk seperti biasa...air rebusan ayam itu boleh digunakan untuk sup bila makan bersama nasi nanti.. hanya tambahkan garam,serbuk perasa dan daun sup ke  dalam kuahnya...

Cara buat sos cilinya...
Ambil cili hidup dan halia blander sehalusnya kemudian letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya..kalau suka sos cili ini boleh dimasak sekejap...

cara buat sos hitamnya...
Ambil bawang putih dan halia tumbuk halus lepas tu letakkan kicap cair dan sos tiram...kacau sos itu sehingga rata dan tambahkan serbuk perasa dan sedikit garam sebab sos tiram tu dah masin..bila nak makan potong ayam dan tuangkan sos diatas ayam tu..nak lagi sedap masak sekejap sos itu..

Bila siap semua bahannya bolehlah dihidangkan dengan ayam bermadu tadi dengan nasi ayam,timun,tomato,sos cili dan sup ayam tadi..itulah resepi nasi ayam dari mama hari ini dan pada kawan-kawan yang ingin mencuba bolehlah mencuba membuatnya...selamat mencuba yer kawan-kawan...