27 May 2014

# resepi masakan

Resepi : Ikan Tongkol Goreng Bercili

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Resepi masakan yang anak-anak mama suka...kalau masak lauk ni pasti semuanya akan bertambah-tambah nasi dipinggan...lebih-lebih lagi kalau makan dengan nasi panas memang sedap...okay jom kita tengok resepinya di sini...

Bahan-bahan yang diperlukan...
1 ekor ikan tongkol dipotong-potong sederhana nipis
cili kering *(kisar)
bawang merah,bawang putih*(kisar)
belacan*(kisar)
garam,perasa,serai
sedkit minyak,sedikit air asam jawa
sedikit daun sup utk hiasan

Cara untuk memasaknya...
1-Cili kering dikisar bersama bahan * yang diatas...
2-Panaskan minyak goreng ikan tongkol dahulu, dah siap asingkan..
3-Tumiskan cili yang telah dikisar tadi bersama serai yang dititik sedikit..
3-Biarkan cili garing dan keluar minyak..masukkan air asam jawa,garam dan perasa secukupnya..
4-Akhir sekali masukkan ikan dan biarkan sebentar...bila sambal sudah siap bolehlah dihidangkan bersama nasi panas...Selamat mencuba...

4 comments:

  1. as salam. sedap tu mama..nak cuba la ptg ni. btw abe kie dtg jd follower ke 2870. tq.

    ReplyDelete
  2. ehh ikan tongkol lg..sy kalau buat masak sambal ikan tongkol mst letak serai ketukk sedappp

    ReplyDelete