24 September 2014

# resepi masakan

Resepi : Ikan Kembong Masak Cuka

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Disebabkan ada kawan yang nak resepi ini jadi mama buatkanlah satu entri resepi untuk masakan simple ini tapi best...maaf Cik Mat Gebu resepi diubahsuai sedikit yer...jom kita tengok bahan-bahannya dibawah ini....

Bahan2nya...
Ikan kembong
serbuk kunyit dan garam lumurkan kat ikan perapkan sekejap
bawang besar potong 6,bawang putih belah 2 jer
halia dihiris nipis,hiris cili merah dan hijau memanjang
2 sudu besar cuka makan
sedikit serbuk kunyit,sedikit gula,garam,serbuk perasa
sedikit air

Bahan penumisnya..
1 btg kulit kayu manis,1kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih,buah pelaga dan sedikit biji sawi

Cara-cara memasaknya...
1-Ikan yang dah diperap tadi hendaklah digoreng...bila ikan dah masak angkat dan tumiskan bahan penumisnya dulu...
2-Masukkan sekali halia dan bawang putih dahulu selepas tu masukkan sedikit air, gula dan cuka..
3-Selepas itu bolehlah dimasukkan ikan dan bahan-bahan yang lain seperti bawang dan cili  yang sudah dihiris tadi juga letakkan biji sawi ke dalamnya..letakkan perasa secukupnya..masak sekejap dan akhirnya resepi siap untuk dihidangkan...


4 comments:

  1. Assalamualaikum Mama.... Mudah nampak resipi ni. Saya teringin pula nak buat. Tapi kami tak makan cuka. Saya ganti dengan air asam jawa boleh kot yer Mama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tahu la sbb ikut resepi cik mat gebu mcm ni...

      Delete