13 October 2014

# resepi masakan

Resepi : Paceri Nenas Simple

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Resepi lagi hari ni...boleh la mencuba pada kawan-kawan yang suka dengan resepi ini...kalau buat nasi minyak pun sodap makan dengan paceri nenas ni...jom kita tengok resepinya di bawah ini...

Bahan-bahannya..
1 biji nenas,sedikit gula
serbuk kari daging,udang kering
kerisik,bawang goreng,daun bawang
bawang merah,bawang putih,halia
minyak,garam dan serbuk perasa

Cara-cara memasaknya..
1-Kopek nenas dan belah empat buang empulurnya...biarkan di tepi dulu..ambil serbuk kari bancuh dengan air sedikit kacau sehingga rata...
2-Ambil halia,bawang merah,bawang putih,udang kering yang telah direndam dahulu...tumbuk semua bahan tadi sehingga hancur lebih bagus udang tu ditumbuk last sekali dan biarkan sedikit kasar-kasar udangnya...
3-Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi...kemudian masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air tadi..kacau sehingga garing...masukkan air kalau pekat dan masukkan juga serbuk perasa,garam dan gula...garam agak2 yer jangan terlebih pulak...
4-Akhir sekali masukkan nenas yang telah dipotong 4 tadi...biarkan sehingga nenas itu masak dan lembut...bila nenas lembut bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas...taburkan bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan...
selamat mencuba resepi paceri nenas ini yer kawan-kawan...

p/s mood seronok bila tulis entri masakan ni..

2 comments:

  1. oo... sedapnya pajeri nenas. nak buatnya pun guna rempah kari je, baru saya tau mama. boleh la try buat plak lepas ni.

    ReplyDelete
  2. memang superb ni mama
    ada rasa masam manis
    selera :)

    ReplyDelete