04 December 2014

# resepi masakan

Resepi Kupang Goreng Masam Manis

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Kupang !! ada yang suka ada yang tidak tapi pada mama daripada bagi mama ayam baiklah mama makan kupang ni lagi sedap rasanya...sebabnya mama memang tak suka makan daging ayam...entah kenapa kalau makan daging ayam mesti loya dan muntah balik.. mungkin keturunan kot sebab mak dan abang mama memang tak makan daging ayam juga pun...okaylah tak payah mama nak cerita panjang lagi jom kita ke sesi seterusnya yer...

Okay la hari ni mama nak kongsi kat kawan-kawan semua resepi Kupang Goreng Masam Manis ni...resepinya simple jer senang juga nak memasaknya...tak sampai 1/2 jam dah siap semuanya...

Bahan-bahan yang diperlukan...
Kupang,cili api,cili merah
bawang besar,bawang putih,halia
serai,daun limau,sos ikan,minyak
sos tiram,sos masam manis(kalau x ada boleh guna sos cili atau tomato)
garam,serbuk perasa,daun bawang/daun sup (utk hiasan)

Cara memasaknya...
1- Hiris cili api,cili merah,bawang besar,halia..serai dititik sedikit...
2- Panaskan minyak tumis halia,bawang putih dahulu bila dah garing sedikit masukkan air sedikit ke dalamnya...letak sos tiram dan sos masam manis...kalau nak berkuah sedikit tambahkan air...
3- Bila dah didih masukkan sos ikan,garam dan serbuk perasa ke dalamnya...agak-agak garamnya sebab sos tiram dan sos ikan dah ada kemasinannya di situ...
4-Masukkan kupang dan gaulkan hingga sebati dengan sosnya...biarkan sebentar dan akhir sekali masukkan cili api dan bawang yang telah dihiris nipis tadi ke dalamnya...balik-balikkan sebentar sehingga bawang layu sedikit dan kupang masak...
5-Padamkan api dan menu kupang siap untuk dihidangkan..taburkan daun sup untuk hiasannya...bolehlah menjamu selera bersama lauk yang lain dan bersama nasi panas...

Selamat mencuba resepi yang senang dan mudah ini yer kawan-kawan..

4 comments: