27 December 2014

# resepi masakan

Resepi Sambal Korek Jawa

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Bila sebut sambal korek ni teringat mama masa zaman kanak-kanak dulu...memang suka sangat makan sambal korek ni..mulanya memang tak tahu jugalah apa tu 'sambal korek' ni tapi bila dah diperkenalkan oleh akak saudara mama yang kebetulannya memang orang berketurunan Jawa barulah tahu macam mana rupanya sambal korek ni...kalau dah suka makan memang hari-hari asyik nak bedal jer sambal ni..kalau kawan-kawan orang Jawa mesti tahu buat sambal korek ni... 

Memang terbaik la sambal korek Busu Ana ni ! itulah panggilan mama padanya dulu..masih teringat lagi masa dulu-dulu tu kalau nak makan jer mesti Busu Ana akan buatkan sambal korek ni...sambal korek ini kami akan makan terus dari dalam lesungnya...seronok rasanya bila teringat masa tu ! itulah dia Busu Ana seorang kakak yang baik pada mama dulu...dan sambal koreknya akan jadi pembuka selera mama sentiasa...tiba-tiba teringat kat Busu Ana yang jauh dimata sekarang ini...

abaikanlah lesung batu yang dah lama tu yer...hadiah kawin dulu...

kalau nak tahu resepi Sambal Korek ni mama akan tunjukkan cara-cara nak membuatnya...
memang cukup senang la tak payah nak lama-lama kat dapur tu...setahu mama macam ni lah resepi yang busu ana selalu buatkan untuk mama dulu.. 

Bahan-bahan...
cili padi
garam,serbuk perasa
minyak yang telah digunakan

Caranya...
1-Ambil cili padi dan tumbuk dalam lesung batu sehingga hancur..masukkan sedikit garam dan serbuk perasa..
2-Ambil minyak gorengan yang sudah digunakan masukkan dalam cili padi yang sudah ditumbuk halus tadi...
3-Kacau rata dan sambal korek itu sudah boleh dimakan bersama-sama nasi panas...
terliur rasanya....
selamat mencuba yer...


7 comments:

  1. Tak pernah rasa dan tak pernah makan mama, tapi boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  2. wah. mcm best je ni mama. boleh cuba nanti. huhu

    ReplyDelete
  3. Oh... kakak keturunan jawa tapi tak tahulah pulak Mas.
    Macam ni kakak kena cubalah:)

    ReplyDelete
  4. oh...namanya sambal korek sbb kita korek dr lesung tu eh mama?

    ReplyDelete
  5. wah.. menarik.. boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  6. memang terkorek lah kalau makan dr lesung ^^

    ReplyDelete
  7. wah first time saya dengar nama sambal korek ni dan nampak simple je.

    ReplyDelete