SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Inilah menu kegemaran hubby mama terung goreng berlada...kalau bab sayur terung ni dialah yang dulu memakannya...jadi hari ini mama masakkanlah menu kegemaran hubby mama ni...kalau kawan-kawan nak resepi jom kita ke dapur mama ni yer...

Bahan-bahannya...
Terung,cili merah,cili api
garam,serbuk perasa,gula,
udang kering,halia,minyak

Cara memasaknya...
1-Potong terung dan rendam dulu takut lebam nanti...rendam pula udang kering..
2-Ambil cili api,cili merah,bawang merah,bawang putih,halia dan udang kering yang telah direndam tadi...tumbuk separuh lumat kesemua bahan tadi...
3-Panaskan minyak gorengkan terung yang telah dipotong tadi sehingga masak..angkat dan toskan dulu..
4-Tumiskan bahan yang telah ditumbuk separuh lumat tadi sehingga garing dan naik bau...masukkan garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa...balik-balikkan sekejap rempah tu dan bolehlah ditutup apinya...
5-Tuangkan rempah yang dah siap tu ke atas terung yang telah digoreng tadi...menu terung goreng berlada siap untuk dihidangkan bersama-sama nasi panas dan menu yang lain juga..selamat mencuba yer kawan-kawan semua...