SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Memang susah nak jumpa telur ikan mayong ni sekarang..kalau terjumpa kat pasar memang tak cerita banyak terus beli..kalau kat rumah mama ni anak-anak memang suka dengan telur ikan mayong ni...kalau dimasak berkuah memang mereka tgorengkan telura tapi kalau buatkan pankek memang cepat jer habisnya...hari ni mama nak sharekan resepi pankek telur ikan mayong ni...jomlah kita tengok...

Bahan2 yang diperlukan...
Telur ikan mayong, sekepal nasi
Bawang, daun sup, cili merah/cili api
Garam, serbuk perasa
Kalau suka boleh letak lada sulah/serbuk lada hitam

Cara-cara memasaknya...
1-Bersihkan telur ikan mayong itu dan tapiskan airnya....kisar telur itu dalam blander sehingga hancur...
2-Masukkan telur yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk...masukkan nasi yang telah dihancurkan, hirisan bawang, cili api/cili merah, daun sup, garam, serbuk perasa...kalau suka boleh masukkan lada sulah atau serbuk lada hitam...
3-Panaskan kuali tak melekat dan gorengkan telur tadi seperti goreng telur dadar juga...goreng ikut ketebalan yang disukai...
4-Goreng sehingga garing dan balik-balikkan telur sehingga masak...
5-Bila dah masak bolehlah dihidangkan bersama lauk yang lain atau makan begitu saja...makan semasa panas memang sedap...kalau suka bolehlah dicicih dengan sos...selamat mencuba yer kawan-kawan...


Telur ikan mayong yang masih belum diblanderkan...


Inilah telur ikan yang telah diblander dan telah dicampurkan dengan nasi, hirisan bawang, cili api/cili merah, daun sup, kalau suka letakkan lada
 sulah atau serbuk lada hitam...


Telur ikan mayong yang telah siap digoreng...bolehlah dihidangkan dan dimakan...